Life Story: Impian yang Musnah… Tapi Saya Tetap Terus Berjalan


Dalam hidup ini, kita semua ada impian atau mimpi tersendiri.
Untuk mencapai atau merealisasikan impian kita, kita akan mengalami ups and downs tidak kira apa, bila, umur berapa atau macam mana keadaan kamu sekarang. Untuk mencapai impian itu tidak mudah tetapi boleh direalisasikan jika kita work for it!

Saya ada banyak impian dalam hidup ini sebab bagi saya hidup ini kena ada impian yang ingin dicapai so setiap hari ada rasa semangat atau ada tujuan untuk hidup. Salah satu impian terbesar saya sebelum ini adalah balik bekerja di Borneo(sama ada di Sabah atau Sarawak lah). 

Bagi pembaca setia blog saya, maybe sudah banyak kali baca mengenai cerita ini. Bagaimana excitednya saya apabila saya ada peluang yang merealisasikan impian saya ini. Boleh baca di bawah:


Sorry lah, saya rasa banyak kali sudah bercerita mengenai cerita ini sebab pengalaman ini betul-betul mengajar saya banyak hal. Saya sejujurnya sempat sangat-sangat kecewa apabila impian saya ini musnah dan saya ada tulis mengenainya, boleh baca dibawah:


Disebabkan impian ini, saya mendapat pengalaman yang sangat-sangat luar biasa. Pengalaman ini betul-betul mengajar saya banyak benda terutamanya belajar menerima dengan hati terbuka apabila impian saya musnah didepan mata dan boleh kembali bangkit selepas kemusnahan semua yang telah saya working on sebelum ini. Ini adalah lesson yang sangat berharga yang saya tidak akan dapat dimana-mana lagi dan lesson yang sangat-sangat mengubah saya secara spiritually and mental. Boleh baca mengenai usaha saya untuk bangkit dibawah:


Saya berimpian untuk bekerja di Borneo bukan suka-suka tetapi saya selalu curious macamlah kami kalau kami ada peluang bekerja disana. Macam best jer sebab boleh membina career disamping dekat dengan family lagi, satu tanah dengan keluarga, berkongsi udara, berkongsi kasih yang tak dapat dijarakkan oleh waktu atau jarak. Tidak akan pernah miss any family events dan paling penting, apabila berlaku apa-apa kecemasan, boleh balik dengan drive distance only. Dan tak lupa, dapat rate gaji KL serta working secara hybrid, nikmat apa yang didustakan! Saya betul-betul rasa bersyukur sangat apabila saya mendapat pekerjaan ini. Setiap hari pun rasa excited dan thankful.

Memang saya sedar, hidup di Borneo tak seindah ibu kota
Fasilitinya tak selengkap di KL, peluang kerjayanya tak sebanyak ibu kota.
Tapi saya sanggup. Saya belajar menyesuaikan diri. Saya bersyukur, kerana saya tahu, bukan semua orang diberi peluang untuk merasa seperti apa yang saya rasa.

Dan saya sangat-sangat bersyukur, Tuhan izinkan saya menikmati semua itu walaupun cuma untuk setahun. Satu tahun itu cukup bermakna. Ia bukan hanya tentang tempat, tetapi tentang hati yang rasa cukup dan penuh.

Tapi hidup ini penuh dengan musim. Dan musim saya di Borneo akhirnya tamat pada April 2025 dan kami perlu kembali ke Kuala Lumpur demi kerjaya saya yang perlu diteruskan lagi disini.


Dari Impian Lama ke Impian Baru

Saya tak pernah tidak suka KL. 

Saya memang sangat suka di KL sebab saya rasa alive disini dan saya rasa sebab itulah saya beli rumah dipinggir KL. Walaupun disebabkan keadaan kos kehidupan sangat tinggi disini yang membuatkan kadang-kadang stress juga tetapi di KL ni peluang pekerjaan lebih luas dan juga anak saya berpeluang ke sekolah yang fasilitinya lebih baik dari yang ada di Borneo. Bukan saya cakap tidak berapa baik disana tetapi tidak dapat dinafikan, apabila berdekatan di ibu kota, semua serba serbi akan jadi lebih baik.

Dulu, KL bagi saya hanyalah tempat singgah, tempat kerja, bukan tempat hati. Namun selepas "berehat" dari KL selama setahun, semuanya berubah. Saya kembali ke KL bukan dengan hati yang kosong, bukan lagi untuk merealisasikan impian masa kecilku tapi merealisasikan mimpiku yang sebenar dengan tekad yang lebih kuat. 

Ini bukan lagi impian saya sewaktu kecil, ini adalah impian saya sekarang.
Untuk berjaya, untuk berkerjaya, untuk jadi versi terbaik diri saya di tempat yang penuh cabaran dan peluang ini.


Saya tinggalkan satu impian, tapi saya sedang membina satu lagi.

Dan saya percaya, Tuhan tak pernah sia-siakan setiap musim dalam hidup kita.
Borneo ajar saya erti cukup, erti tenang, dan erti syukur.
KL pula akan ajar saya erti berjuang, bertahan, dan menang.

Doakan saya. 💛

0 comments