Family Outing: Tips & Persediaan membawa anak pergi camping

Photo by pixelman Dapha

Hi my readers!
Selalunya saya akan post mengenai family outing pada hari Jumaat tetapi kali ni saya awalkan sebab hari Jumaat adalah hari cuti umum dan kami plan akan ikut berkhemah untuk celebrate SIB Cheras Family Day di Kampung Pecah Batu, Perak!

Ini adalah pengalaman ke -3 kami bawa anak kami pergi camping. Jadi, anak kami sudah biasa dan dialah orang paling excited dan macam tidak afdol kalau saya tak mentioned macam mana excitednya my husband too! 
Thank you my dear for buying all our camping neccesities since kami dah bawa our previous camping necesities balik kampung that day.


Family Outing : Our First time go camping at Tanjung Malim,Perak

Saya rasa ini peluang terbaik untuk ‘disconnect’ dari rutin harian dan ‘reconnect’ dengan keluarga.

Cabaran Bila Camping dengan Anak Kecil

Camping dengan anak bukan macam zaman bujang dulu boleh redah je, asal ada khemah. Bila ada anak, banyak benda perlu difikirkan. Contohnya:

  • Anak cepat penat bila banyak aktiviti fizikal.

  • Mood anak boleh berubah kalau lapar atau tak selesa.

  • Kita kena pastikan semua keperluan asas mereka cukup supaya semua orang enjoy terutamanya anak.


Persiapan Sebelum Pergi Camping

Saya mulakan persiapan beberapa hari sebelum tarikh camping. Saya buat checklist khas supaya tak tertinggal apa-apa, terutamanya barang anak.

Barang Penting untuk Anak

  • ✅ Baju cukup untuk siang & malam

  • ✅ Jaket & baju hujan(kalau ada)

  • ✅ Selimut / comforter anak suka

  • ✅ Ubat demam, minyak angin, losyen anti nyamuk

  • ✅ Lampu suluh kecil / headlamp (untuk anak rasa ‘explorer’)

  • ✅ Mainan kesayangan (untuk elak tantrum)

  • ✅ Makanan & snek kegemaran anak

  • ✅ Air minum banyak



Barang Keluarga Umum

  • Khemah & groundsheet

  • Sleeping bag / tikar tebal

  • Portable stove & gas kecil(Jika tidak pergi dalam group)

  • Periuk, pinggan, cawan

  • Bekas makanan kedap udara

  • Lampu khemah / powerbank

  • Cooler box untuk simpan makanan basah



Tip Bila Bawa Anak Pergi Camping

Berikut beberapa tip yang saya rancang nak praktikkan masa camping nanti:

  • Ajar anak tentang alam. Contohnya: "Ini pokok, ini semut, ini bunyi cengkerik waktu malam."

  • Jaga jadual makan & tidur anak. Bila anak cukup rehat dan kenyang, dia lebih ceria.

  • Buat aktiviti ringkas tapi menyeronokkan. Cari batu cantik, main gelembung sabun, atau makan marshmallow panggang bersama. Ni lah yang anakku tunggu-tunggu haha

  • Sediakan ruang untuk anak berehat. Anak mungkin perlukan masa untuk tidur sekejap waktu tengah hari.


Apa Saya Harapkan dari Camping Trip Ini

Saya tak jangka semuanya akan sempurna. Tapi saya berharap...

  • Anak saya akan lebih berani dan suka explore alam.

  • Kami suami isteri dapat masa berkualiti tanpa gangguan telefon.

  • Kami semua balik dengan kenangan manis dan hati yang tenang.


Final Words

Camping bersama anak mungkin nampak mencabar, tapi sangat berbaloi. Ia bukan sekadar tidur dalam khemah, ia tentang masa yang kita luangkan bersama, tawa, dan kenangan yang akan anak ingat bila dia besar nanti.

Kalau anda belum pernah bawa anak camping, cubalah sekali. Alam semula jadi adalah ‘kelas terbuka’ yang sangat mengagumkan.

0 comments