Life Story : Bermula semula(starting over)


Hi friends,

Every Wednesday, I share a real life story here. Semua cerita saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya sendiri, bukan rekaan dan bukan juga cerita orang lain. Jadi, kalau kamu perlukan cerita yang betul-betul “from the heart”, do come and read my blog every Wednesday, okay? 💕

This week, saya sebenarnya dah siap satu post mengenai saya rasa terharu tengok anak saya semakin membesar, sebab Julai adalah bulan hari jadi anakku. Tapi malam tadi, entah kenapa, hati saya berat nak publish post tu. Instead, satu cerita lain muncul, satu cerita yang lebih dalam, lebih vulnerable. Dan mungkin lebih berguna untuk kamu yang membaca.

It’s about starting over, bermula semula dalam hidup.

Kalau kita tak pernah rasa berada di titik mula semula, mesti kita fikir bunyinya best, kan? “Wow, dapat mulakan hidup baru!” Tapi sekarang saya di fasa ini, hakikatnya tak semudah itu.

Kalau beberapa tahun lepas ada orang tanya saya, “Kalau diberi peluang, nak tak start over dalam hidup?”, saya pasti akan gelak kecil sambil jawab, “Tak mau lah. Siapa nak susah-susah mula balik bila dah ada semuanya?”

Tapi sekarang, sayalah orang itu. Orang yang pada usia 30-an perlu mula dari bawah semula.

Saya rasa malu sangat nak mengaku. Tapi saya juga tahu, di luar sana mungkin ramai yang sedang atau akan lalui perkara sama. Jadi, saya mahu cerita. Bukan untuk dapat simpati, tapi supaya kalau kamu pun berada dalam fasa “start over”, kamu tahu kamu tidak keseorangan.


Titik permulaan baru saya

Semuanya bermula masa saya pindah ke Borneo tahun lepas. Saya terlalu excited nak kejar impian #workinborneo sampai saya abaikan semua red flags yang jelas depan mata. Saya fikir, kalau kita nak mimpi jadi kenyataan, mesti berani dan sanggup ambil risiko kan?

Tapi saya silap.
Impian tu tak kesampaian malah musnahkan banyak perkara yang saya dah bina sebelum ni. Saya decided untuk  balik semula ke KL disebabkan beberapa reason dan reason utama adalah peluang pekerjaan dalam bidang saya tidak berapa luas disana dan kami juga ada kekangan untuk bayar dua rumah jika kami terus di KK. Jadi, bulan April 2025, selepas setahun di KK, kami balik ke KL untuk bermula semula. 

Dulu saya pernah rasa hidup saya “settled”, ada kerjaya, ada rumah sendiri, ada kereta yang dah habis bayar, anak dan suami yang boleh ke sekolah dan kerja dengan kereta sendiri dan ada saving.... Tapi sekarang, saya mula semula dari kosong. Sometimes, saya fikir maybe Tuhan dah tekan reset button, jadi "kehilangan" semuanya at almost in short duration time kecuali rumah lah. Saya sudah jual kereta yang saya sangat sayang(my dad help me tambah duit deposit when I bought this car and that the last money I ever asked from him) dan habiskan saving untuk memenuhi impian untuk balik Borneo last year. 

I selalu terfikir, kalau saya dalam fasa starting over seorang diri, maybe saya akan okay sebab saya sendiri yang rasa betapa peritnya berada di fasa ini tetapi starting over kali ni saya dengan suami dan seorang anak kecil. Saya rasa berat kerana saya tiba-tiba terpaksa jadi SAHM yang bergantung penuh dengan suami. Maybe pada sebagian orang, alah suami anda pun. Tetapi, sejujurnya saya rasa malu and its hurt my pride tau bila bergantung pada orang even suami especially when its come to money. Maybe saya macam ni sebab saya dah biasa bekerja, biasa ada duit sendiri jadi saya malu minta duit dengan suami (kecuali my sibling and my parent, ni lain ceritalah hahaa). Tetapi, apa boleh buat, saya dah berkahwin dan ada anak jadi saya tidak mungkin menjalani process tanpa mereka kan? 

So, just face it!


 Apa yang saya belajar?
  1. Bermula semula bukan tanda gagal.
    Ini adalah tanda kamu cukup berani untuk menjalani hidup di dunia ini.

  2. Kita tak pernah terlalu tua untuk bermula semula.
    Usia hanya angka. 30-an, 40-an, 50-an... kita boleh selalu pivot kalau perlu.Jangan selalu fikir pasal umur, semakin tua kita, semakin kuat semangat!

  3. Kamu bukan kalah bila jalan kamu lambat.
    Hidup ini bukan perlumbaan. Kita semua ada masa masing-masing.

  4. Proses sembuh ambil masa.
    Kadang kamu rasa dah okay, tiba-tiba rasa sedih balik. It’s normal.


Untuk kamu yang sedang bermula semula

Kalau kamu sekarang sedang dalam fasa yang sama, mungkin selepas kerjaya musnah, selepas relationship gagal, selepas kehilangan besar dalam hidup, saya nak kamu pejam mata sekejap, tarik nafas panjang, dan ingat ini:

1. Kamu tak keseorangan.
Ramai lagi orang macam kamu, cuma kita tak selalu cerita.

2. Kamu tak terlambat.
Kadang rasa macam “habislah, aku dah tua, lambatnya start balik”. Tapi sebenarnya kamu masih tepat pada masa kamu.

3. Hidup kamu belum habis.
Selagi Tuhan beri nafas, kamu boleh cuba lagi.


So saya nak tanya kamu:

  • Kalau kamu diberi peluang, apa yang kamu nak mula semula dalam hidup?

  • Apa satu perkara kamu boleh buat hari ini untuk bina balik diri kamu, walau kecil macam mana pun?

Maybe kamu boleh jawab dalam jurnal kamu. Atau share di ruang komen kalau kamu rasa selesa. Saya nak baca. Kita saling support, okay?


Saya doakan kamu, kamu yang sedang baca ni diberikan kekuatan untuk terus melangkah. Walaupun perlahan, walaupun sambil menahan sakit, teruskan. You’re doing your best. Dan suatu hari nanti, bila kamu menoleh ke belakang, kamu akan bersyukur sebab kamu tak pernah berhenti.Keep going! There's light at the end of tunnel.


0 comments