Borneo Food Recipe : Keloco Tung Ubi

Hello friends!

For this week, the Borneo Food recipe I want to share is something that always closed to my heart which is Keloco Tung Ubi. If I direct translate it to Bahasa Melayu, maksud keloco tung ubi adalah pucuk daun ubi yang diramas, lebih kurang macam tu lah.

This is very simple dish that I always eat during my childhood and until now. I really really love this because its always remind me of childhood and the good memories at kampung with my family! If you never try, you should try it. If no one can make it or sell it, you can make it on your own by follow my recipe.

For my fellow Borneo people, ini adalah lauk yang sangat biasa, simple tapi sedap sangat! Saya tidak pernah bosan makan lauk ini sebab yelah dari kecil memang selalu makan kan? Jadi memang ngam di lidah sampai sekarang.

Untuk post recipe kali ini, saya akan kongsikan tips memasak lauk ini dan ada trick2 untuk senang masak.


Bahan-bahan:

Pucuk Daun Ubi - buang tangkai


Cara-cara menyediakan:

1. Setelah buang tangkai, boleh ramaskan pucuk daun ubi sampai jadi agak halus.

Pro Tips:

Boleh letakkan garam kasar semasa process meramas pucuk daun ubi dan ini akan mempercepatkan proses.

2. Bersihkan pucuk daun ubi yang telah diramas tadi dengan air bersih


Cara-cara memasaknya:

1. Tumiskan bawang merah dan putih

2. Masukkan pucuk daun ubi dan gaulkan sebati

3. Letakkan air sedikit dan kacau-kacau.

4. Letakkan garam dan ajinomoto atau perisa secukup rasa

5. Biarkan sampai air agak kering sedikit dan tutup api, dah siap!




Senang saja recipe ni dan sedap lagi!

Pro Tips: Saya suka menyimpan lebihan keloco tung ubi dalam peti sejuk dan apabila dipanaskan lagi, akan jadi sangat2 sedap! 

Jika kamu ada cara atau resepi lain untuk tung ubi, boleh kongsikan dekat ruang comment ya.


Boleh tengok resepi di TikTok juga,

@estelle.pre Siapa suka makan Keloco Tung Ubi? Bagi orang Borneo, ini salah satu makanan paling simple & sedapp. Boleh check resepi dlm blog saya(link on my bio), terima kasih ☺️ #borneofood #masakansimple ♬ Chill in a good mood, calm and fun(1263486) - zukisuzuki


Terima kasih kerana click blog post ni dan jangan lupa tengok juga resepi Borneo Food yang lain di link bawah ya. 

https://borneoworkingmom.blogspot.com/search/label/borneofoodrecipes


0 comments