Pernah makan kelupis atau adut?
Sebelum saya mengenali suami, saya hanya tahu tentang adut dan menyangka makanan ini adalah tradisi orang Kenyah sahaja. Tetapi selepas berkahwin, barulah saya mengenali kelupis. Ia lebih kurang sama seperti adut, cuma saiznya lebih kecil dan cara penyediaannya berbeza — kelupis biasanya dimasak bersama santan dan garam, manakala adut yang saya biasa makan pula dimasak secara ringkas, tanpa santan dan garam, hanya pulut kosong.
Asal-Usul
Kelupis atau adut biasanya dinikmati pada hari-hari istimewa bersama rendang, kuah kari, daging, dan pelbagai lauk lain. Sedap dan mengenyangkan!
Nak cuba buat? Jom cuba resepi ini!
Bahan-Bahan:
-
3 pot beras pulut
-
Santan secukupnya (lebih pekat, lebih sedap!)
-
Garam secukup rasa
-
Daun nyirik (untuk membungkus)
Cara Penyediaan:
-
Bersihkan beras pulut dan rendam dalam air selama beberapa jam hingga kembang. Kemudian toskan.
-
Masukkan santan pekat ke dalam periuk bersama garam secukupnya. Masak santan sehingga mendidih. Lagi lama dimasak, lagi lemak rasanya nanti.
-
Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam santan. Gaul rata dan masak sehingga pulut separuh masak dan santan diserap.
-
Biarkan sejuk sedikit, kemudian bungkus pulut tadi dengan daun palas (seperti membungkus ketupat).
-
Kukus kelupis selama kira-kira 30–45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
-
Sedia untuk dihidangkan!
0 comments