Kanser Payudara merupakan pembunuh paling popular dan
tidak asing dikalangan wanita di dunia ini. Berdasarkan satu laporan portal
kesihatan, kanser payudara ini merupakan kanser utama yang menyerang wanita dengan
1 daripada 19 individu berisiko menghadapinya.Sound so scary kan?
Jadi, lebih baik kita ada awareness mengenai penyakit
kanser payudara ini dari awal supaya kita dapat mengurangkan risiko.
Apa itu Kanser Payudara & bagaimana ia
berlaku?
Explanation mengenai apa kanser payudara dan bagaimana ia
berlaku ni agak technical dan saya berharap semua faham ya, baca slow-slow.
Payudara Wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar
lobul yang menghasilkan susu (lobulas),saluran yang bawa susu ke bahagian putting,
lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa.
Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran(ductal cancer),
sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya
bermula dari tisu-tisu lain.Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang
lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak
ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis.Perkataan barah juga
boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak
diikuti dengan ketumbuhan atau tumor.
Punca kanser payudara
Faktor risiko termasuk sejarah keluarga, gaya hidup tidak
sihat, dan ketidakseimbangan hormon.
Bagaimana mengesan awal kanser payudara?
Pengesanan awal kanser boleh dibuat melalui ujian
mamogram berikutan ia adalah model saringan kepada individu berusia 40 tahun ke
atas. Selain itu, Mama juga perlu tahu cara melakukan pemeriksaan sendiri
payudara.
- Bengkak
pada sebahagian payudara
- Kulit
jadi berkedut seperti kulit limau
- Puting
masuk ke dalam atau sakit
- Kemerahan
atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
- Lelehan
dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu
- Ketulan
pada bahagian ketiak
- Tahap
0 – Kanser setempat (Cancer in Situ)
- Tahap
1 – Kanser kurang daripada dua centimeter
- Tahap
2 – Kanser dua hingga lima cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di
ketiak
- Tahap
3 – Kanser besar daripada lima cm atau penglibatan kelenjar ketiak banyak
- Tahap
4 – Kanser merebak ke luar payudara dan babitkan organ lain dalam tubuh
2. Cysts
Pasti kerap dengar wanita disekeliling Mama menghidap
penyakit cyst bukan?
Antara jenis cyst yang biasa terjadi adalah:
- Sista
biasa – Ia terjadi apabila folikel besar pada ovari
yang terus-menerus membesar selepas telur dilepaskan daripada ovari. Sista
jenis ini paling biasa ditemui. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas
beberapa bulan.
- Endometriosis –
Adakalanya sista ovari adalah jenis endometriosis (penyakit senggugut)
ataupun ketumbuhan yang kebanyakannya ialah benigna (bukan kanser). Sista
jenis ini memerlukan rawatan sama ada secara memakan ubat atau
pembedahan.Sista ini mengandungi darah pekat lama yang dinamakan sista
coklat kerana rupanya yang seakan-akan coklat masakan. Penyakit ini biasa
akan menyebabkan pembentukan parut dan lekatan pada organ pelvis.
- Sista
dermoid – Ia terjadi daripada sel yang
menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan tisu rambut,
lemak, gigi dan rawan. Ia adalah sista yang dibawa sejak kecil dan kadang
kala kehadirannya tidak disedari melainkan saiznya yang sudah membesar seiring
dengan pertambahan usia. Kemungkinan ia boleh disedari melalui tanda
seperti kitaran haid yang tidak teratur, sakit atau timbulan bengkak di
bahagian perut.
- Sista
folikel – Ia berbentuk cecair tidak
berwarna dan berasal daripada sel karung telur sendiri yang tidak memberi
gerak balas kepada hormon kitaran haid dan saiznya boleh membesar tanpa
surut.Hampir semua ovarian cyst yang berlaku sebelum usia menopaus adalah tidak
berbahaya. Kanser ovari sebelum usia menopaus juga sangat jarang berlaku.
Selain itu, penyakit ini juga tidak menyebabkan wanita
sukar hamil kecuali jika jenis cyst yang dialami adalah dalam kategori endometriosis.
Begitupun, pemeriksaan rapi perlu dilakukan bagi
menentukan jenis dan punca seseorang wanita itu tidak boleh mengandung.
3. Fibroid
Selain cyst, fibroid juga antara penyakit popular
menyerang golongan wanita.
- Fibroid
intramural: Tumbuh di dalam dinding otot
rahim. Mereka adalah jenis yang paling lazim.
- Fibroid
subserosal: Membangunkan dinding luar rahim.
Mereka boleh membesar ke saiz yang besar.
- Fibroid
submukosa: Tumbuh di bawah lapisan dalam rahim.
- Fibroid
bertangkai: Dilekatkan pada rahim dengan tisu
seperti batang. Mereka boleh sama ada subserosal atau submucosal.
- Ubat
anti-radang bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen untuk melegakan
kesakitan.
- Zat
besi dan vitamin.
- Kawalan
kelahiran hormon.
- Ubat
antifibrinolitik seperti asid Tranexamic untuk memperlahankan pendarahan
haid.
- Analog
hormon pelepas gonadotropin untuk menghentikan sementara pengeluaran
progesteron dan estrogen, yang boleh, sebagai balasan, mengurangkan
pendarahan haid yang banyak.
- Pembedahan
untuk membuang fibroid.
- Dalam
kes yang teruk, pembedahan untuk membuang rahim (histerektomi) mungkin
diperlukan.
4. Autoimun
Autoimun atau Lupus antara penyakit popular menyerang
ramai wanita. Jangan anggap kurang kedengaran maka ia suatu yang tidak perlu
dibimbangkan.
Untuk pengetahuan Mama, di bawah autoimun terdapat
beberapa senarai penyakit yang berpunca daripadanya. Biasakan dengar penyakit
buah pinggang, radang otak, gangguan penyerapan nutrisi dalam usus kecil
(celiac)?
Nah, ini semua berlaku antaranya akibat gangguan
autoimun.
Menurut laman web daripada Hospital Columbia Asia –
Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata penyakit autoimun berlaku akibat
gangguan dalam penghasilan antibodi apabila ianya yang menyerang sel-sel badan
atau organ manusia itu sendiri.
- Sendi-sendi:
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah
rheumatoid arthritis.
- Systemic
Lupus Erythematosus atau SLE: Paling kerap
didiagnos apabila menghidap autoimun. Ia boleh mengakibatkan kesan pada
lebih daripada satu organ dalam seluruh badan. Ia akan menyerang sendi
tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit
sehinggakan kulit naik ruam-ruam di muka serta keguguran rambut yang
teruk. Paling bahaya apabila SLE ini menyerang buah pinggang dan ujian
pengesanan yang lewat kerosakan organ berkenaan. SLE juga boleh
menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang
otak.
- Penyakit
Tiroid: Penyakit tiroid lebih banyak menyerang
wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis
penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease. Graves
disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease
berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah
sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
- Penyakit
Psoriasis: Penyakit psoriasis juga adalah
penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit
sehinggakan kulit menggelupas. Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis
ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara
rawatan adalah menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar
kulit.
- Immune
thrombocytopenic purpura (ITP): ITP ini adalah
masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan
bacaan bilangan platelet menjadi rendah. Ia membuatkan seseorang itu mudah
lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan plateletnya rendah,
hingga menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh
pakar hematologi (darah).
5. Osteoartritis
Mungkin kedengaran asing, namun kalau Mama Siti katakan
ia adalah keadaan yang berkaitan sakit lutut, mesti para wanita tahu benar
dengan penyakit yang satu ini.
- Primer –
Degenerasi artikular yang terjadi tanpa sebab yang tersirat.
- Sekunder –
Terjadi akibat trauma, hentakan pada sendi dengan kekuatan yang tidak
normal atau masalah seakan artritis reumatoid seperti rawan artikular yang
tidak normal.
- Umur –
Ini adalah kerana keupayaan rawan untuk pulih sendiri akan berkurangan
apabila umur meningkat.
- Keturunan –
Gen tertentu boleh menjadikan seseorang lebih mudah mendapat osteoartritis
lutut.
- Jantina –
Wanita berumur 50 tahun ke atas lebih mudah mendapat masalah ini
berbanding lelaki.
- Berat
badan – Berat badan yang berlebihan/obes akan
menambah tekanan pada sendi.
- Kecederaan
berkaitan tekanan – Ini biasa dilihat pada
orang yang terlibat dalam aktiviti/pekerjaan tertentu seperti mengangkat
berat dan kerap melutut di lantai.
- Sukan–
Sukan intensiti tinggi seperti bola sepak, tenis dan berlari boleh
meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kecederaan lutut yang menyebabkan
osteoartritis.
- Masalah
lain – Penyakit sedia ada yang tertentu seperti
artritis reumatoid dan gangguan metabolik boleh meningkatkan kemungkinan
berlakunya osteoartritis.
- Kesakitan
lutut yang sederhana pada mulanya tetapi lama-kelamaan bertambah teruk.
- Kesakitan
pada lutut semakin bertambah apabila membuat aktiviti.
- Kekejangan
dan bengkak di sekeliling sendi lutut.
- Ketidakupayaan
untuk menggerakkan sendi selepas duduk/berehat pada jangka masa yang
panjang.
- Sendi
terasa hangat.
- Pergerakan
yang berkurangan.
- Lutut
berbunyi seperti retak semasa bergerak.
6. Kemurungan
Kemurungan adalah suatu yang sukar dihindari terutama
kaum wanita.
7. Strok
- Kekeliruan
- Kesukaran
berjalan, mengimbangkan atau bercakap
- Kebas
atau lemah
- Sakit
kepala yang teruk tanpa sebab yang jelas
- Masalah
penglihatan
- Kesukaran
bernafas
- Pengsan
atau tidak sedar
- Rasa
lemah secara keseluruhan
- Berhalusinais
- Tersedu
(Hiccups)
- Kejang
- Perubahan
tingkah laku atau pergerakan secara tiba-tiba
- Muntah
atau mual
8. Penyakit seksual
Biasakan Mama dengar wanita yang bermasalah dengan bau
faraj, keputihan tidak normal, gatal pada vagina dan pelbagai lagi.
- Chlamydia –
Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit
wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik
seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit
dibahagian ari-ari.
- Ketuat
di bahagian kemaluan (Genital warts) – Terdapat
ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan
kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu
apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat
bagi penyakit tersebut.
- Herpes
di bahagian kemaluan (Genital herpes) – Seperti
ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan
tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di
bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser
menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.
- Gonorrhoea –
Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh
menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90
peratus pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan
sakit semasa membuang air kecil.
- Sifilis –
Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian faraj.
Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa
rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit
otot.
- HIV –
Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas
dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom.
Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak.
Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif.
Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan
sukar melawan penyakit.
- Trichomoniasis –
Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis
(TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir
akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di
bahagian kemaluan.
- Kutu
di bahagian kemaluan (Pubic lice) – Gejala termasuk
gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati
serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di
bahagian kemaluan atau seluar dalam.
- Kudis
buta (Scabies) – Kudis buta boleh berlaku di
mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk
gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.
- Kulat
Candidiasis (Thrush) – Gejala termasuk gatal di
bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik
keputihan di bahagian faraj.
- Hubungan
seks melalui faraj tanpa kondom
- Hubungan
seks melalui dubur
- Hubungan
seks melalui oral (mulut)
- Bersentuh
dengan kemaluan mereka yang berpenyakit
9. Kanser Ovari
Sukar membuang air besar dan kadang kala ia berubah
kepada cirit-birit. Awas, ini antara tanda kanser ovari!
- Perut
kembung atau kenyang
- Sakit
bahagian bawah perut atau belakang
- Hilang
selera makan
- Hilang
berat badan tanpa sebab
- Pendarahan
faraj (selepas menopaus)
- Keputihan
yang tidak normal
- Keperluan
mendesak atau kerap untuk membuang air kecil
- Perubahan
dalam tabiat buang air besar (sembelit atau cirit-birit)
- Kelesuan
- Loya
- Muntah
10 . Kanser Rahim
Berdasarkan laporan Berita Harian Julai lalu, penyakit
kanser rahim di Malaysia mencatatkan kedudukan kelima bagi kategori senarai
penyakit dikalangan wanita dengan anggaran sebanyak 5.5 kes daripada 100,000
wanita dikesan menghidapi kanser berkenaan saban tahun.
Apa itu kanser rahim?
Kebanyakan kes kanser rahim dikesan daripada lapisan
dinding dalam rahim atau dikenali sebagai endometrium. Ia berlaku apabila
sel-sel endometrium berkembang secara pantas dan tidak terkawal menyebabkan
lapisan itu menjadi tebal dan akhirnya bertukar menjadi kelompok sel kanser.
Apa penyebab utama kanser Rahim?
Gejala awal kanser rahim:
- Sakit
pada kawasan pinggang.
- Pengeluaran
cecair faraj dalam kuantiti yang banyak.
- Sakit
abdomen.
- Rasa
keras atau ketulan pada mana-mana permukaan kawasan pinggang.
- Hilang
berat badan tanpa mengamalkan sebarang diet.
- Kelesuan.
- Kembung
perut.
- Perubahan
pada corak buang air kecil atau besar.
- Rasa
cepat kenyang.
- Sakit
ketika melakukan hubungan seks.
- SPendarahan
faraj yang banyak dan kelihatan tidak normal bagi golongan belum menopaus.
- Bagi
mereka yang telah mencapai usia menopaus, keluar darah daripada faraj adah
simptom tidak normal.
Sumber :
https://www.columbiaasia.com/malaysia/ms/health-articles/top-10-isu-kesihatan-wanita-di-malaysia/
0 comments