Jika kamu adalah pembaca blog saya, kamu dah tau yang saya kena emergency surgery untuk buang cyst ni pada mid of February 2025. Kamu boleh membaca pengalaman saya di sini.
Berdasarkan pengalaman ini, saya belajar banyak dan saya ingin kongsikan dengan semua wanita diluar sana mengenai ovari cyst ni. Untuk pengetahuan kamu, ovari cyst ni merupakan antara top 10 penyakit yang selalu menyerang wanita di Malaysia.
Kamu boleh membaca mengenai Top 10 Penyakit yang menyerang wanita di Malaysia di sini.
Semua wanita berisiko mempunyai sista(cyst). Walau bagaimanapun, bukan semua sista(cyst) mendatangkan bahaya. Malah, punca sista(cyst) juga mungkin berbeza-beza mengikut individu.
Sista ovari(Ovari Cyst) merupakan sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada rahim. Wanita mempunyai dua ovari, setiap satunya bersaiz sebesar kacang almond. Telur atau ovum akan dilepaskan setiap bulan mengikut kitaran haid wanita.[1] Ramai wanita yang mempunyai sista tanpa sedar. Malah, mereka juga tidak mengalami apa-apa simptom. Kebanyakan sista tidak akan mendatangkan bahaya. Lama-kelamaan, ia akan hilang sendiri tanpa sebarang rawatan dalam masa beberapa bulan.
Walau bagaimanapun, sista ovari yang pecah boleh mendatangkan komplikasi yang serius. Untuk melindungi diri anda, wanita perlulah tahu akan cara check cyst serta simptom-simptomnya.
Untuk case saya, saya telah mengalami beberapa simptom. Saya boleh kategorikan simptom saya kepada 2 iaitu simptom jangka panjang dan immediate simptom. Untuk simptom jangka panjang, saya kerap sengugut setiap kali saya datang haid, selalunya saya akan makan ubat tahan sakit dan okay dah, dan selalu sakit kencing. Immediate simptom yang saya alami adalah sakit bawah perut sebelah kanan, sakit dia tak hilang2, susah kencing dan berak
Setiap kali saya mengalami simptom ini, saya akan ke klinik dan saya selalu didiagnos sakit kencing kotor, kurang minum air lah...syukur ada satu klinik terakhir saya pergi tu, klinik ni scan perut saya dan baru dia nampak ada sesuatu tak normal.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita(Women Health), sila dapatkannya di sini.
Berdasarkan pengalaman saya sebelum ni, sebelum doctor confirm yang saya ada cyst yang perlu dibuang, doctor melakukan pemeriksaan seperti dibawah. Jika kamu risau kamu ada cyst, kamu boleh pergi ke hospital berdekatan, bagitau simptom yang kamu alami dan doktor mungkin akan mencadangkan beberapa ujian untuk tujuan diagnosis.
Ada 4 cara check cyst yang mungkin akan dilakukan:
- Lakukan ujian kehamilan. Jika keputusannya positif, anda mungkin mempunyai sista corpus luteum.
- Ujian ultrasound. Ultrasound merupakan satu prosedur yang boleh dilakukan untuk memeriksa sista di kawasan rahim. Doktor akan menganalisis imej yang terhasil dan membuat diagnosis. Jika ada sista yang dikesan, doktor juga boleh menentukan lokasi serta jenis sista tersebut.
- Laparoskopi. Menggunakan laparoskop – sejenis instrumen tirus yang akan dimasukkan ke dalam abdomen – doktor boleh melihat keadaan ovari dengan lebih jelas. Malah, sista juga boleh dibuang pada masa yang sama. Ini merupakan satu prosedur pembedahan yang perlu dilakukan di bawah anestesia.
- Ujian darah CA125. Pesakit yang mempunyai kanser mempunyai kadar antigen kanser 125 (CA 125) yang tinggi dalam darah. Jika doktor mengesyaki anda menghidap kanser, doktor mungkin akan menjalankan ujian ini.
Kebanyakan sista akan hilang dalam masa beberapa minggu atau bulan. Oleh sebab itu, jika anda melakukan ultrasound, doktor mungkin tidak akan memberikan sebarang rawatan dan akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Besar kemungkinan, anda perlu melakukan ujian ultrasound kedua pada masa akan datang. Jika simptom yang anda alami tidak hilang dan sista semakin membesar, barulah doktor akan menyiasat punca sista yang anda alami.
Kebanyakan sista tidak perlu diperiksa
Tahukah anda, kebanyakan sista tidak perlu diperiksa? Malah, jika ia tidak mendatangkan sebarang simptom, besar kemungkinan ia tidak menyebabkan penyakit.
Wanita mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai sista pada rahim disebabkan kitaran haid. Malah, 1 daripada 5 wanita yang sudah mencecah usia menopaus mempunyai sista pada ovari mereka.
Sista yang bersaiz kecil jarang sekali menyebabkan sebarang simptom. Tetapi, jika anda risau ia mungkin menyebabkan kanser pada masa hadapan, jangan bimbang.
Menurut pakar, jika sista itu tidak bersifat kanser pada waktu ia dikesan, sista tersebut tidak akan bertukar menjadi kanser pada masa hadapan.
Atas sebab itu, selagi sista tersebut tidak menyebabkan simptom seperti sakit pada kawasan pelvis, pesakit boleh abaikan sista tersebut selepas ujian ultrasound dijalankan.
Selamatkah jika saya melakukan ultrasound sebagai cara check cyst?
Sebenarnya, apa yang berlaku ketika ujian ultrasoud dijalankan? Ultrasound merupakan salah satu cara check cyst yang berkesan. Ketika ujian dijalankan, satu instrumen yang panjang dan tirus akan dimasukkan ke dalam vagina.
Ujian ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar. Oleh sebab itu, ia tidak akan mendedahkan anda kepada bahaya radiasi. Malah, harganya juga tidak semahal ujian lain.
Walau bagaimanapun, jika sista dikesan semasa melakukan ujian ultrasound, pesakit pasti akan rasa gementar dan takut. Malah, ada juga pesakit yang akan melakukan ujian yang sama di klinik lain untuk mendapatkan pendapat kedua.
Namun, jika pesakit kerap melakukan ultrasound demi ultrasound, pesakit secara tidak langsung telah berbelanja lebih atas sesuatu yang tidak perlu.
Oleh sebab itu, jika anda risau mengenai sista yang dialami, dapatkan pendapat pakar dan ketahui dahulu punca sista sebelum membuat sebarang keputusan.
Sumber:
https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/fibroid-rahim/cara-check-cyst/
Post a Comment