Social Media

Step by Step memohon Bantuan Ibu Bersalin(BIB) Initiative - Get your RM450 moms!

Pernah dengar mengenai Bantuan Ibu Bersalin(BIB) Initiative? Jika belum, mari sini saya kongsikan mengenai BIB Initiative.


Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.


Syarat kelayakan

1. Warganegara Malaysia

2. Ibu pemegang MyKad Sarawak berstatus "K" atau isteri kepada Pemegang MyKad Sarawak berstatus "K"

3. Melahirkan di Sarawak atau di luar Sarawak

4. Pemohonan bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin

TIPS: Jika semua syarat kelayakan anda layak, seterusnya sediakan dokumen yang diperlukan seperti dibawah. Saya sarankan ambil gambar semua dokumen yang diperlukan sebelum mula apply.


Dokumen yang diperlukan

Salinan dokumen yang wajib disediakan untuk memohon

1. Salinan MyKad pemohon (depan dan belakang)

2. Salinan MyKad suami/penjaga(depan dan belakang)

3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon(ibu) bukan berstatus "K"

4. Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)

5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata akaun

6. Salinan surat doktor/not discaj/sijil lahir bayi

7. Gambar passport


Dibawah ini saya sertakan infographik mengenai Bantuan Ibu Bersalin untuk rujukan.



Dibawah ini adalah infographik mengenai cara-cara memohon BIB secara online.



Step by Step permohonan baru BIB:

Step 1: Klik link dibawah:

Anda klik link itu, akan keluar seperti dibawah:

Jika anda belum berdaftar dengan iSarawakcare, click Register dan screen dibawah akan keluar:


Jika anda tak pasti macam mana mau Register, click Quick Guide di sebelah kanan ya.

Step 2: Anda sudah register dan ada SarawakID sekarang jadi anda boleh login.




Sudah login, screen seperti dibawah akan keluar:

Step 3: Select Bantuan Ibu Bersalin seperti dibawah

Step 4: Isi maklumat yang diperlukan dan submit.


That's it! 
Saya berharap this blog post akan membantu anda dalam memohon BIB. Jika ada sebarang persoalan atau masalah, bolehlah klik link below for more details.

Source: https://kpwk.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/99

Post a Comment

Theme by BD