K-drama yang WAJIB ditonton oleh para new moms

Siapa suka K-drama kat sini?

Saya adalah seorang peminat K-drama yang agak tegar juga. Sebelum saya kongsikan mengenai apa K-drama ni(walaupun dah tengok poster di atas), saya saja nak kongsikan sedikit lah mengenai awal pembabitan saya dlm k-drama world ni.

Ianya bermula dari saya study di kolej matrikulasi Labuan. Saya start tengok Kdrama or Kmovie semasa study dekat sinilah. Bermacam-macam genre dan ada yang saya tengok sampai tak sedar dah subuh... punyalah dedicated. Dan bukan setakat itu, yang paling melucukan adalah sampai saya terikut-ikut style pelakon Kdrama ni dari segi pakaian dan cara cakap hahaha melucukan bila difikirkan sekarang dan yg paling parah, selalu berangan-angan nak ada boyfriend yg mcm dlm kdrama sbb dulu kebanyakan kdrama yg famous berkonsepkan cintan cintun sajaa spt My Girl, My Bf is milionere, My gf is gumiho, dan byk lagi. Semuanya cinta cinta saja dan dikala itu memang suka ler tengok sbb jiwa remaja, jiwa muda haha

As time goes by, diri ini pun jadi dewasa dan kurang sikit lah tengok drama cintan cintun ni, lagi lagi yang cinta sekolah, kolej mmg tak minat dah. Lagipun dah dapat Oppa hahah(my husband) mesti geleng kepala bila panggil dia oppa 🤣🤣🤣

Dan yang paling penting, Kdrama dah byk improve. Kdrama ni ada byk genre, genre yg paling saya suka skrg mengenai rumahtangga ni lah especially mengenai wanita-wanita yg kuat ni.

Drama yang saya akan kongsikan ni memang saya rekomend ibu ibu yang baru untuk tengok K-drama ni, memang relateable bangetttt. Jeng jeng... nama K-drama ni adalah,

Birthcare Centre 

Inilah nama kdrama ni. 

“After giving birth and becoming a mother, ‘mother mode’ doesn’t begin right away"

Ayat diatas ni memang sangat-sangat terkesan dlm hati saya dan ayat ni juga mengambarkan mengenai K-drama ini. 

Saya rasa ada dalam Netflix sekarang dulu ada dekat Viu sahaja kalau tak silap. Saya punyalah gigih subscribe viu sbb drama ni. Drama ni di rekomend oleh rakan seperjuangaanku sbg working mom iaitu Maznee.

Sinopsis kdrama Birthcare Center

- Ada 8 episods yang menceritakan Oh Hyun Jin sebagai wanita yang baru menjadi ibu. Dia adalah executive termuda di company tempat dibekerja tetapi dia adalah Ibu yang tertua di postpartum care center dimana dia tinggal. Dia mengalami beberapa saat yang sukar selepas melahirkan dan dalam menyandang peranan sebagai ibu.

- Berdasarkan tontonan saya, semua yang berlaku di postpartum center ni akan berlaku kepada semua ibu-ibu yang telah melahirkan dan dalam masa pemulihan terutamanya nak breastfeeding anak, berinteraksi dgn ibu-ibu baru dan ibu-ibu yang sudah berpengalaman. Saya rasakan K-drama ini menceritakan kehidupan yang sebenar.


Kesimpulannya

Sebagai ibu yang ada pengalaman melahirkan anak satu kali, saya betul-betul rekomend para ibu-ibu baru untuk tengok K-drama ni, mesti akan banyak belajar dan bersedia.

Saya berharap post kali ini bermanfaat kepada ibu-ibu semua!


Your working mom bestie,

Aya 💝




Comments

Popular Posts