Dessert kesukaan keluargaku di bulan puasa 2024


Selamat berpuasa kepada kawan-kawan Muslimku.
Walaupun kami tak berpuasa tetapi kami mengikut kemeriahan bulan puasa ini. Saya mempunyai ramai kawan-kawan Muslim jadi saya sudah biasa dengan bulan puasa ini.

Saya masih ingat lagi semasa saya disekolah menengah, kawan-kawan Muslim saya berpuasa, saya kagum dengan kekuatan mereka berpuasa.
Apabila saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti, makin ramailah kawan-kawan dan kenalan yang beragama Muslim saya dan sempat saya cuba untuk berpuasa satu hari bersama housemate di Universiti dulu. Pengalaman yang tidak akan dilupakan dan memang saya sangat-sangat salute dgn kawan-kawan Muslim yang berpuasa sebulan! 

Tahun ini, seperti tahun-tahun lepas saya juga mengikuti video-video masakan Khairul Aming di Tik Tok dan banyak juga influencer lain dan tak sangka pula, suami pun ikut tengok video-video penyediaan makanan buka puasa dan dia selalu share video-video masakan.
Jadi, sebagai seorang isteri yang baik, faham-faham lah...haha

Jadi, saya cubalah buat dessert mango ni. Saya dan anak pergi membeli bahan-bahan dekat Giant dan nata de coco habis weyyy. So, saya tak beli lah, saya beli sagu, mango, susu pekat dan susu sejat.

Bahan-bahan diperlukan:
1. Sagu
2. Mango
3. Susu sejat
4. Susu pekat
5. Nata de coco ( kalau ada)

Cara- cara membuatnya:
1. Masakkan sagu sampai jadi jernih
2.Buang airnya 
3. Masukkan dalam mangkuk dan campurkan susu sejat dan susu pekat, saya main agak-agak saja, ikut kemanisan yang diinginkan.
4. Masukkan mango yang dipotong dadu.
5. Masukkan dalam peti sejuk 
6. Nikmatinyaaaa

Sebelum masuk peti sejuk, saya sempat snap gambar share dengan husband, nak dia tak sabar nak balik ler...hahaa

So, husband balik, mandi dan terus nak makan dessert buatan isteri tersayang hahahaa, memang puas hati dan gembira tengok husband suka dan happy makan makanan yang kita masak. Segala penat lelah rasa berbaloi.

Jadi, para suami dan anak-anak, hargailah masakan isteri dan mama ya! Kami sangat gembira tengok suami dan anak-anak makan, kalau tak sedap atau terlebih itu ini, bagitau saja dengan baik so next time, kami para ibu mesti berusaha memperbaikinya.

Selamat berpuasa kawan-kawan!

Your working mom bestie,
Aya


Comments

Popular Posts