Andaiku dapat putar waktu kembali...


Beberapa hari ni, saya selalu terfikir kan best kalau kita dapat putar kembali waktu seperti dalam K-drama so kita boleh memperbaiki kesilapan-kesilapan yang telah kita buat terutama zaman muda-muda kan?

Siapa dah tengok Marry my husband?
Ni K-drama yang hangat juga dlm bulan Jan to Feb 2024 haritu. K-drama ini mengenai seorang isteri yang sakit dan dicurangi oleh suaminya bersama rakan baiknya yang dapat peluang untuk kembali ke tahun dimana dia belum berkahwin dgn suaminya. K-drama ni konsep time machine lah.
Saya dah tengok dan memang menghiburkan dan saya belajar banyak benda dari situ tetapi yang paling mengesankan dlm hati saya adalah heroin dan hero dapat balik ke masa lalu dan memperbaiki semua kesilapan-kesilapan yang telah berlaku. Tak logik kan tp ye lah nama pun drama.

Dlm kehidupan sebenar, tidak mungkin kita akan dapat peluang macam ni tetapi saya saja-saja nak kongsikan beberapa perkara yang saya akan perbaiki jika saya boleh putar waktu kembali dan maybe adik-adik boleh belajar dari pengalaman saya ini.

Jika saya dapat putarkan kembali waktu, ada beberapa perkara yg saya mahu lakukan iaitu;

1. Target first class semasa di universiti
Sejujurnya saya belajar di universiti tanpa goal yang jelas sebenarnya. Saya hanya mahu belajar di universiti seperti anak-anak muda yg lain dan lulus, itu saja. Padahal saya berpotensi utk buat lebih dari itu cuma saya tak ada clear goal. 
Jadi, jika saya bole kembali ke zaman belajar, saya akan target untuk dapat first class degree. 
Kenapa? Kerana saya tak perlu membayar balik PTPTN, sbb dah jadi biasiswa kalau dapat first class. Kan dah takde hutang study.

2. Belajar dan memahami pengurusan kewangan
Saya kurang exposure mengenai pengurusan kewangan semasa awal-awal bekerja tetapi ada banyak sumber di internet, cuma semasa awal pembabitan dalam dunia pekerjaan, saya tak da sgt exposure mengenai pengurusan kewangan ini dan saya pula jenis menunggu orang bagitahu which us, sangat tak bagus. Saya sepatutnya berusaha mencari ilmu ini kerana pengurusan kewangan ini sangatlah penting sebab akan mempengaruhi kehidupan as working adult.
 Jika saya dapat undur kembali masa, saya akan berusaha utk belajar mengenai pengurusan kewangan dan mengurus kewangan saya dgn baik. Saya akan aware atau tahu apa yg penting atau dimana saya spttnya spend duit saya.

3. Mengambil/mencarum takaful/insurans
Saya ada ambil insurans selepas beberapa bulan bekerja tapi itu pun saya ambil tanpa memahami kenapa saya ambil insurans. Disebabkan saya tak faham, jadi apabila pengurusan kewangan saya menjadi teruk, first saya tak nak bayar adalah insurans, which is the worst decision ever. 
Jika saya boleh putar waktu kembali, saya akan memahami betapa pentingnya ada insurans dan sentiasa mengutamakan pembayaran insurans ni kerana insurans ni adalah safety net saya sbg seorg yg bekerja.

4. Shopping baju-baju dan handbag yang murah-murah
Yang ni tak dinafikan memang habit yg tak baik. Kalau saya diberi peluang lagi, saya tak akan selalu membeli baju2 dan handbag murah2 yg pakai sekali dua lps tu simpan lama2 dan jd berhabuk dan akhirnya di buang atau didermakan, better saya simpan duit/kumpul duit beli handbag yg berkualiti dan akan pakai lama dan akan ada value kalau jual balik...
Jadi, adik-adik terutama perempuan memang penampilan penting semasa muda remaja tetapi beringatlah semasa membeli tu.

Kesimpulannya
Walaupun saya dah tak boleh putar kembali waktu dan memperbaiki semua kesilapan yang telah saya lakukan, saya menghargai setiap kesilapan-kesilapan yang saya telah buat dan saya akan berusaha utk memperbaiki semua kesilapan-kesilapan ini dan menjadi lebih baik dari semalam.

Saya berharap perkongsian saya ini bermanfaat kepada anda!

Your working mom bestie,
Aya ❤️

Comments

Popular Posts