Family Outing: Festival Lentera Putrajaya 2024

Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya berlangsung selama 9 hari bermula pada 24 Februari sehingga 3 Mac 2024. Festival ini berasaskan tradisi dan cahaya dan festival ini diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya. Pelbagai persembahan kebudayaan, tradisional dan pertunjukan lampu akan disajikan selama 9 hari ini seperti pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik. Bukan itu sahaja, pelbagai makanan dan minuman juga akan dijual untuk anda nikmati, jangan risau.

Waktu operasi adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.

Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang ini: https://event.pulsegroup.com.my

Selain dalam talian, anda juga boleh membeli tiket di kaunter festival yang disediakan di sana.

Berdasarkan pengalaman, boleh saja beli tiket di kaunter sebab banyak kaunter dan cashless.

Harga tiket adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia

Dewasa (13 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak (7-12 tahun) & warga emas = RM5
Kanak-kanak di bawah 6 tahun & OKU = Percuma

Pelancong Warga Asing

Dewasa (13 tahun ke atas) = RM30
Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM15

Berdasarkan research saya, perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan untuk anda. Naik sahaja dari stesen MRT Putrajaya dan terus ke Anjung Floria. Dengan kekerapan 30 minit sekali, shuttle bas di stesen MRT Putrajaya bermula jam 4.30 petang sehingga 10.00 malam. Manakala shuttle bas di Anjung Floria adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.

Ini gambar-gambar kami dua anakku hari tu.

















































Jangan lepaskan peluang untuk saksikan formasi paluan kompang bergaya bertradisi sambil menghayati pencahayaan yang mempesonakan di Anjung Floria Presint 4 nanti




Comments

Popular Posts