Life Story: Jalan Yang Sukar, Tapi Aku Pilih Juga


Kadang-kadang dalam hidup, kita buat keputusan yang orang lain tak faham. Mungkin sebab kita sendiri pun tak tahu apa yang kita cari… kita cuma tahu, kita tak nak terus berada di tempat yang sama.


Setakat ini, sepanjang adult life saya, saya tinggal di Semenanjung Malaysia(SM).Saya first merantau ke SM time saya berumur 19 tahun untuk melanjutkan pelajaran diperingkat universiti dan selepas tamat study, saya memilih untuk bekerja dan settle down dekat SM sebab ini adalah my childhood dream, I really want to work in the big city so I make that dream come true!

Tak dinafikan ada jugalah masa dan keinginan untuk balik Borneo utk menabur bakti kepada negeri dan tinggal dekat dgn family tetapi saya selalu ignore it bcz I know it will be hard for me to get the job dalam my field(Software Testing and Quality Assurance) at Borneo, bidang saya kurang sikit di Borneo until end of 2023, the dream to work in Borneo is getting stronger and at the same time, my current job that time is getting not aligned with my values so I decided to take a risk again to resigned and focus on cari kerja di Borneo. Yes, I did get the job! 

Walaupun kerja tu contract based tetapi my manager assured me and my other friends that the contract will be continue every year plus I'm already so excited or eager untuk bekerja di Borneo sampai saya buta menilai segala red flags yang ada dan I can say, I kena scammed dengan hirer for the job. Saya percaya janji manis dan akhirnya memakan diri. Contract tidak diperpanjangkan dan saya perlu mencari kerja lain lagi. Saya rasa sangat sangat kecewa tetapi inilah jalan yang kupilih dan ada masa juga terfikir. kenapa aku pilih jalan sukar mcmni??

Sementara tu, kawan-kawan saya yang masih stay di company-company yang saya kerja sebelum ini, saya tengok dah semakin maju. Ada yang naik pangkat, dah pegang jawatan besar. Ada yang sambung master, sekarang dah ada dua scroll. Saya pula? Masih terumbang-ambing. Masih tercari-cari kerja tetap. Masih cuba bina semula diri.

Saya tahu tak bagus bandingkan kehidupan diri dgn org lain sbb kita tak tau mcm realiti kehidupan diorg jg, diorg pn ada struggle tersendiri cuma saya tidak tahu...

Saya tak nafikan… saya pernah menyesal. Pernah tanya diri, “Kalau aku stay je dulu, mungkin sekarang hidup aku tidak macamni.” 

Tapi saya juga tahu – saya yang pilih jalan ni. Dan setiap jalan ada pengorbanannya.

Jalan saya mungkin lebih sukar. Tapi saya tak keluar dengan tangan kosong.

Saya belajar banyak perkara. Saya belajar survive. Saya belajar kenal orang – yang ikhlas, yang ambil kesempatan. Saya belajar nilai kerja keras. Saya belajar sabar. Saya belajar untuk percaya pada proses, walaupun lambat.

Saya juga mula kenal diri saya – kekuatan saya, kelemahan saya. Kalau saya masih stay dulu, mungkin saya takkan pernah tahu saya mampu hadap semua ni.

Hidup memang tak semudah yang saya harapkan. Tapi saya percaya, satu hari nanti… semua ni akan ada maknanya.

Untuk siapa-siapa yang sedang lalui fasa sukar dalam hidup termasuk saya sendiri, saya nak cakap:

Tak apa kalau jalan awak lambat. 

Tak apa kalau awak tak sama macam kawan-kawan lain.

 Yang penting, teruskan jalan tu. 

Jangan berhenti. 

Jangan bandingkan hidup awak dengan orang lain.

Kita semua ada masa masing-masing.

Dan kadang-kadang, jalan yang paling susah… adalah jalan yang paling membentuk kita jadi kuat.

0 comments