Virtual interview kini menjadi norma baharu dalam proses pengambilan kerja. Walaupun ia nampak lebih santai sebab kita hanya perlu ‘hadir’ dari rumah, realitinya ramai yang tetap rasa gugup dan cemas. Rasa nervous tu normal, tapi jangan sampai ia ganggu prestasi semasa interview.
Jadi, dalam post ini saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh bantu kurangkan rasa nervous dan bantu anda lebih bersedia.
1. Buat Latihan Awal
Jangan tunggu saat akhir baru nak buka laptop. Beberapa hari sebelum interview, cuba buat mock interview dengan kawan atau bercakap depan cermin. Latih sebut jawapan dengan nada yakin. Kalau boleh, rakam diri sendiri supaya boleh lihat dan perbaiki bahasa badan dan intonasi.
2. Kenal Pasti Platform Yang Digunakan
Pastikan anda tahu platform apa yang akan digunakan – Zoom? Google Meet? Microsoft Teams? Install dan test awal. Cek internet, mic, earphone, dan kamera. Jangan nanti masa interview baru tahu mic tak berfungsi!
3. Cari Sudut Tenang dan Profesional
Pilih tempat yang bersih, senyap, dan ada pencahayaan yang baik. Elakkan buat interview di tempat yang ramai orang atau bising. Latar belakang yang kemas akan beri first impression yang positif.
4. Persiapkan Dokumen dan Nota Ringkas
Sediakan resume, jawatan yang dipohon, dan sedikit nota tentang syarikat. Letak di sebelah anda semasa interview – tapi jangan nampak seperti membaca skrip ya! Ini hanya untuk rujukan cepat bila perlu.
5. Pakaian Tetap Penting
Walaupun hanya nampak dari bahu ke atas, tetap pakai baju yang kemas dan sesuai. Bila kita berpakaian rapi, secara automatik kita akan rasa lebih yakin dan serius.
6. Tarik Nafas dan Doa
Sebelum sesi bermula, tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan diri. Kalau anda beragama, luangkan sedikit masa untuk berdoa. Doa bantu tenangkan hati dan beri kekuatan dari dalam.
7. Anggap Interview Sebagai Sesi Berbual Profesional
Jangan terlalu fokus nak bagi “jawapan terbaik”. Anggap interviewer tu macam seorang mentor yang nak kenal anda. Bercakap dengan ikhlas dan jujur, itu lebih memberi kesan berbanding jawapan yang nampak dihafal.
8. Tersenyum & Gunakan Bahasa Badan Positif
Walaupun interview secara virtual, senyuman dan bahasa badan tetap boleh dirasai. Duduk tegak, jaga eye contact (pandang kamera, bukan skrin), dan kekalkan senyuman bila sesuai.
Akhir Kata
Ingat, nervous tu normal – tapi dengan persiapan dan mindset yang betul, anda boleh kawal rasa tu. Virtual interview bukan halangan, tapi peluang untuk bersinar dari mana-mana saja. Semoga berjaya dan selamat interview!
0 comments