Disclaimer : Gambar sekadar hiasan
Siapa dah bekerja kat sini? dah lapor cukai pendapatan anda ke tu?
Last untuk lapor cukai individu adalah 30 April 2025 ni. 2 hari saja lagi jadi cepat-cepatlah settle kan, tak lama pun sekejap je. Untuk yang first time kena bayar atau lapor cukai pendapatan, boleh baca secara details di website LHDN di SINI. Semua dah lengkap untuk anda, kena rajin baca saja. Dan, ingat tahun depan, jangan last minute buat lagi tau.
Cakap pasal first time lapor cukai pendapatan atau e-filling ni, saya teringat kenangan first time buat e-filling ni dulu di sekitar tahun 2013 - 2015, kalau tak silap.Time tu, saya buat berjemaah dengan kawan2 sekerja, walaupun buat bersama tetapi semua details tak disclosed lah, saya follow macam mana isi saja. Memang agak memeningkanlah time tu. Selepas lebih 10 tahun bekerja dan beberapa tahun isi e-filling, saya boleh katakan saya sudah mahir lah isi dan siap isi untuk suami sejak tahun kebelakangan ini.Bila dah jadi rutin setiap tahun, lama-lama saya rasa simple dan straight forward saja flow lapor cukai pendapatan ni sebenarnya (cehh boleh jadi BA LHDN nih), kejapp tunggu cerita seterusnya...
Antara kenangan yang saya tak akan lupa mengenai cukai pendapatan ni adalah saya pernah kena audit juga di tahun 2019 dan nak dijadikan pengajaran, saya kena penalty disebabkan saya gagal menunjukkan satu resit pembayaran,saya lupa part yang mana dah. Dah cari resit merata memang takda, takda lagi e-invoice lagi time ni. Dahlah kena di tahun saya nak kawin pula...haha memang mencabar betul! Time tu saya minta potong gaji bulanan saja, syukur boleh bayar habis!
Dan, yang terbaru pula, sebelum ni saya dapat majikan yang tak bayar terus cukai kepada LHDN, dia nak sendiri pergi bayar tetapi tak inform awal-awal mengenai ini. Apabila nak buat e-filling di tahun 2024(untuk tahun 2023), maka kenalah diriku membayar RM2000 lebih kepada LHDN. Saya baru settle separuh dari jumlah ni dan sekarang struggle nak cari mana nak bayar ini.Hati-hati taw dapat majikan macamni. Pastikan bila dapat gaji, pastikan ada potongan PCB atau tax, jangan macam saya kena hari tu.
Macam-macam cerita saya ni dengan LHDN, belum jadi orang kaya dah macam-macam kan? Bila saya jadi orang kaya nanti saya JANJI jadi pembayar cukai yang baik tau! Janji! hehe
Cerita cerita juga mengenai e-filling ni, saya nak kongsikan banyak juga pelepasan yang para ibu bapa dapat ni. Boleh semak senarai pelepasan cukai LHDN untuk tahun taksiran 2024 di website LHDN,
Dah dengar macam-macam cerita mengenai cukai ku, silalah settle lapor cukai pendapatan anda sekarang! Macam mana? Klik link dibawah(ni link betul tau, bukan link scammer!)
dan, jangan lupa EA form dari majikan ya.Mesti kena ada ni untuk isi, okay?
Jika ada sebarang pertanyaan dan malu nak tanya LHDN, bolehlah comment tanya, mana tau saya boleh tolong jawabkan hehe
Sumber : LHDN
0 comments