Social Media

Working Mom Tips: Mengurus Anak Sakit Ketika Bekerja – Apa yang Perlu Dibuat?


Sebagai ibu bekerja, salah satu cabaran terbesar adalah apabila anak jatuh sakit di saat kita masih perlu menjalankan tanggungjawab di tempat kerja. Keadaan ini boleh menjadi stres, tetapi dengan perancangan yang baik dan sokongan yang tepat, ibu boleh menguruskan keadaan dengan lebih tenang dan efisien. 


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil apabila anak sakit tetapi ibu masih perlu bekerja.


1. Kenali Tanda-Tanda Awal Anak Tidak Sihat

Kadangkala, kita boleh mengesan tanda awal anak tidak sihat seperti kurang selera makan, demam ringan, atau keletihan yang luar biasa. Jika dapat dikesan lebih awal, ibu boleh bersedia lebih awal dengan mengambil cuti atau mengatur penjagaan sementara.



2. Berbincang/Inform dengan Manager

Sekiranya anak sakit dan memerlukan penjagaan rapi, berbincanglah dengan majikan atau bahagian sumber manusia mengenai kemungkinan mengambil cuti kecemasan, bekerja dari rumah, atau mengatur jadual kerja yang lebih fleksibel.



3. Pertimbangkan Pilihan Penjagaan Anak

  • Jika sakitnya ringan dan anak masih boleh bergerak, ahli keluarga seperti suami, ibu bapa atau adik-beradik(kalau tinggal berdekatan) boleh membantu menjaga anak sementara ibu bekerja.

  • Jika anak terlalu sakit dan perlu perhatian penuh, pilihan terbaik adalah mengambil cuti dan menjaga mereka sendiri.Jika dua-dua bekerja, boleh bergilir-gilir dalam mengambil cuti.



4. Maklumkan kepada Pihak Sekolah atau Pengasuh

Jika anak bersekolah atau dihantar ke pusat jagaan, maklumkan kepada guru atau pengasuh mengenai keadaan mereka. Pastikan mereka tahu tentang sebarang alahan, ubat yang perlu diambil, atau langkah kecemasan jika keadaan anak bertambah buruk.



5. Urus Kerja dengan Lebih Fleksibel

  • Jika tidak dapat mengambil cuti penuh, cuba susun semula jadual kerja dengan meminta kerja jarak jauh (remote working) atau fleksibiliti waktu masuk dan keluar pejabat.

  • Delegasikan tugasan di tempat kerja kepada rakan sekerja jika perlu supaya kerja tidak terganggu.



6. Sediakan Keperluan Anak di Rumah

Jika ibu masih perlu bekerja dari rumah, pastikan anak berada dalam keadaan selesa:

  • Berikan makanan yang sesuai untuk kesihatan mereka.

  • Pastikan mereka mendapat cukup rehat.

  • Sediakan ubat yang telah disarankan oleh doktor.

  • Berikan hiburan ringan seperti buku cerita atau kartun yang tidak terlalu kuat agar mereka terhibur tanpa terlalu aktif.



7. Jaga Kesihatan Diri Sendiri

Menjaga anak yang sakit boleh menjadi sangat meletihkan, lebih-lebih lagi jika masih perlu bekerja. Pastikan ibu juga mendapat rehat yang cukup, makan makanan berkhasiat, dan mengelakkan tekanan yang berlebihan.



Kesimpulan

Menguruskan anak yang sakit sambil bekerja bukanlah tugas yang mudah, tetapi dengan perancangan yang baik dan sokongan daripada majikan serta keluarga, ibu boleh menangani keadaan ini dengan lebih tenang. 


Yang paling penting, kesihatan anak harus menjadi keutamaan, dan ibu juga harus menjaga kesejahteraan diri agar dapat terus memberikan yang terbaik untuk keluarga dan kerjaya.

Post a Comment

Theme by BD