Social Media

Working Mom Tips: Macam Mana Nak Urus Masa di Tempat Kerja Tanpa Rasa Bersalah Pada Keluarga?


Hi my fellow working moms!

Sebagai seorang ibu bekerja, kita selalu rasa macam masa tak pernah cukup. Dari pagi dah kelam-kabut siapkan anak, hantar ke sekolah/taska, kemudian bergegas ke tempat kerja. Di tempat kerja pula, tak menang tangan nak siapkan kerja, belum lagi kerja yang perlu memerah otak, melayan nervous nak present atau meeting, deal dengan macam-macam ragam orang dan pelbagai cabarannya setiap hari.

Balik kerja, hadap traffic jammed dan seterusnya sambung lagi dengan urusan rumah, anak-anak, dan keluarga. Belum lagi, dengan urusan kerja yang tak habis-habis di tempat kerja, kena call atau whatsapp pasal kerja juga... Kadang-kadang rasa macam tak cukup tangan dan rasa tak boleh handle, betul tak?


Inilah realiti sebenar kehidupan sebagai ibu bekerja. Bagi sesetangah orang, nampak macam senang dan best kan? that's why selalu saja ada perbandingan antara ibu bekerja dan ibu surirumah sepenuh masa. Bagi saya, dua-dua pun ada pros and cons dia.

Disebabkan saya sekarang sebagai ibu bekerja, jadi blog post ini lebih cendurung ke arah pengurusan masa untuk ibu bekerja. Walaupun banyak cabaran, kita sebagai working mom kita mesti berusaha untuk menghadapi dengan baik. Jika rasa kurang masa, kita boleh urus masa dengan lebih baik tanpa perlu korbankan salah satu (kerja atau keluarga). 


Dibawah adalah beberapa cara yang mungkin boleh membantu, semua ini saya dapat dari tanya ChatGPT dan pastinya pengalaman peribadi:


  1. Set Prioriti Dengan Jelas
    Tak semua benda kita kena buat dalam satu hari. Fokus kepada kerja yang paling penting dulu dan belajar untuk delegate kalau boleh.

  2. Gunakan Time Blocking
    Contohnya, pagi lebih fokus pada kerja yang perlukan tumpuan tinggi, petang boleh buat kerja yang lebih ringan. Bila dah habis waktu kerja, tutup laptop & fokus pada keluarga.

  3. Jangan Overcommit di Tempat Kerja
    Kalau dah tahu masa sangat terhad, jangan takut untuk berkata "tidak" pada kerja tambahan yang tak perlu. Pastikan kerja kita beres, tapi jangan sampai burnout.

  4. Kurangkan Masa 'Membazir'
    Contohnya, scroll media sosial terlalu lama atau berbual perkara yang tak perlu di pejabat. Kalau kita boleh siapkan kerja lebih awal, lebih senang nak balik rumah tepat waktu!

  5. Kualiti Lebih Penting Dari Kuantiti
    Bila di tempat kerja, fokus pada kerja. Bila di rumah, beri perhatian penuh pada anak & pasangan. Kadang-kadang, 30 minit tanpa gangguan dengan anak lebih bermakna daripada 2 jam bersama tapi asyik pegang telefon.


Mungkin tak mudah nak seimbangkan semuanya, tapi ibu bekerja pun berhak untuk ada masa berkualiti dengan keluarga tanpa rasa bersalah. Yang penting, kita buat yang terbaik!

Saya berharap perkongsian ini membantu anda sebagai working mom! Jika anda suka, please share dan jangan lupa follow Borneo Working Mom dalam social media untuk updates.


Love,

Aya

Post a Comment

Theme by BD