Kamu pernah makan ka makanan ini?
Bagi orang Sarawak terutamanya Orang Belaga, memang suka betul kuih satu ini iaitu kuih kicap!
Nama dia agak pelik tetapi apabila memakannya mesti nak makan lagi, lagi-lagi kalau makan dengan sambal kicapnya...uiii nak makan kuih kicap lah!
Jika anda ke Pekan Belaga, pergilah ke market pagi dia dan akan ada orang jual kuih ini. Jika kamu tak berkesempatan ke Pekan Belaga, takpa kuih ni senang sangat dimasak dirumah!
Saya pernah kongsikan cara-cara memasak/membuat kuih kicap ini, boleh tengok di video dibawah atau kalau kamu jenis yang suka baca boleh terus baca post ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Tepung Gandum - 2 cawan
2. 1 sudu marjerin
3. Air garam secukup rasa
4. Sayur hijau yang dicincang
5. Pewarna kuning telur - beberapa titik saja diperlukan
Cara-cara membuat adunannya:
1. Campurkan marjerin dengan tepung gandum
2. Letakkan air garam sikit demi sedikit.
3. Letakkan sayur hijau yang dicincang dan gaulkan sebati
4. Letakkan pewarna kuning telur beberapa titik supaya nampak ada warna sikit dan gaulkan sebati.
Cara-cara memasaknya/mengorengnya:
Note: Untuk buat kuih kicap ni, ada teknik dia iaitu rendamkan senduk besi dalam minyak, jangan celup dalam adunan ya.
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kadai(senduk) besi untuk dipanaskan
2. Apabila senduk besi dan minyak dah panas, masukkan bahan adunan tadi dalam senduk besi mengundakan senduk lain ya.
3. Masukkan dalam minyak sehingga nampak kekuningan, masak!
Siap!
Kalau nak details step, boleh tengok Youtube video ya.
Selamat mencuba!
Jangan lupa bookmarked my blog for more Borneo Food recipes.
Post a Comment