Social Media

Persediaan Jika Berlaku Kecemasan


Hi!


Jika kamu adalah pembaca setia blog saya atau ada follow saya di Facebook and Instagram, kamu dah tahu mengenai kejadian kecemasan yang menimpa saya minggu lepas. Jika kamu baru disini atau belum tahu lagi, kamu boleh baca mengenai kejadian ini di bawah ya,

Pengalaman pertama kali kena bedah

Dari kejadian ini, banyak yang saya belajar. Selain seriously menjaga kesihatan terutamanya pemakanan, saya juga belajar untuk improve saya punya persediaan apabila berlaku kecemasan.


Sebelum ini, saya ada buat persediaan juga tetapi tidak begitu rapi dan teratur. Selepas kejadian kecemasan kali ini, saya sedar saya perlu buat persediaan yang lebih rapi. Seperti kebanyakan ibu ibu didunia ini, saya boleh dikatakan Ketua Operasi dalam rumahtangga kami. Saya seperti kebanyakan ibu ibu diluar sana yang tahu dimana letak semua barang-barang kami sekeluarga terutama dokumen penting dan macam-macam lagi. Itulah kita ibu-ibu ini, sangat penting dalam rumahtangga. 


Bayangkan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kita ibu ibu ni seperti yang telah berlaku terhadap saya hari tu, tiba-tiba sakit dan masuk hospital, agak kelam kabut jugalah.Syukur tidaklah memerlukan dokumen yang banyak semasa saya berada di hospital.


Tetapi, disebabkan kejadiaan kecemasan inilah yang mencetuskan idea untuk saya membuat blog post mengenai persediaan jika berlaku kecemasan untuk para ibu-ibu dan juga para bapa-bapa diluar sana. Bila kecemasan berlaku, biasalah serabut sedikit tetapi dengan adanya persediaan, dapatlah dikurangkan sedikit dan yang paling penting, ada "peace of mind".


Disini saya sediakan senarai persediaan kecemasan untuk ibu-ibu untuk membantu anda membuat persiapan. Saya berharap perkongsian ini bermanfaat.


Langkah pertama - Buatkan Google Drive. 

Jika kamu ada Google or Gmail, automatically kamu ada Google Drive. Dalam Google Drive ini kamu boleh simpan dan secure your things like documents, photos and etc.

Kalau kamu belum ada, boleh buat guna link dibawah:

https://drive.google.com



Langkah kedua - Buat folder Important Document 

Selepas buat Google Drive, sekarang kamu boleh buat folder dalam Google Drive dengan klik + New and piih Folder. 


Langkah ketiga  - Scan dan simpan segala Important Documents & Information

Ada semua important documents dekat satu tempat adalah sangat bagus terutama dimasa kecemasan. Senang mau cari.

Dalam Google Drive ni, untuk semua documents, saya akan scan dan letak mengikut folder. Untuk information pulak, saya akan letak dalam excel file dan list semua disana dan jangan lupa letak password. Selepas itu, kongsikan password dengan husband or wife.



Ini adalah senarai dokumen dan maklumat penting yang kamu boleh simpan dalam Google Drive:

1. Dokumen dan maklumat penting

✅ Surat Beranak (anak, diri sendiri, suami) 

✅ Sijil Kahwin

✅ Passports & Salinan MyKad(semua ahli keluarga) 

✅ Rekod kesihatan ( Rekod vaksin, allergies dan perubatan) 

✅ Insurans kesihatan & Life insurance details 

✅ Bank account details (important accounts, loans, emergency funds)

✅ House rental agreement

✅ Home ownership documents

✅ Important contacts list (family, close friends, emergency services)

✅ Digital accounts & passwords (if necessary for spouse/family)


Untuk list seterusnya, saya gunakan excel file dan kamu boleh download excel file ini secara percuma di link bawah

Emergency Checklist Template


Kesimpulannya

Walaupun tidak mudah untuk memikirkan situasi di mana kita mungkin tidak dapat bersama anak-anak kita, bersedia lebih awal adalah hadiah terbaik yang boleh kita berikan kepada mereka. Senarai semak kecemasan yang dirancang dengan baik memastikan keluarga kita mendapat sokongan dan kekal selamat tidak kira apa yang berlaku.

Luangkan masa untuk menyusun butiran ini dan kongsikannya dengan individu yang dipercayai dalam hidup anda.

Post a Comment

Theme by BD