Social Media

Idea Dekorasi Krismas yang Mudah dan Jimat



Saya paling teruja apabila musim Krismas datang kerana saya rasa dunia saya berada di dimensi lain. Setiap tahun saya akan merayakan Krismas bersama keluarga di Borneo. 

Sebelum berkhawin, saya memang akan balik Krismas bersama keluarga di Sarawak. Setelah berkahwin, kami bergilir-gilir dan tahun ini, kami akan merayakan Krismas di kampung saya di Sarawak dan saya terpaling teruja dan tidak sabar! 

Di musim Krismas ini, semua pun akan mengujakan terutamanya berjumpa keluarga, kawan-kawan lama dan sanak saudara dan hiasan pokok Krismas. Hiasan pokok Krismas ini tidak wajib ya, siapa yang mau hias pokok Krismas memang dialu-alukan, tiada paksaan.

Semasa kecil saya, kami tiada pokok Krimas untuk dihias di rumah tetapi saya bersyukur ibu bapa dan kakak-kakak saya berusaha untuk hias rumah dengan cara lain, yang saya masih ingat ialah hiasan gantung-gantung tu...sangat-sangat cantik dan saya masih ingat semua tu sampai sekarang. Sekarang macam trend lagi hiasan tu haha.

Jadi, saya juga ingin memberi pengalaman yang sama untuk anakku Karl, cuma kali ini berbeza dari pengalaman saya, kira upgrade sikit dari saya lah. Menghias rumah di musim Krismas ini  tidak semestinya perlu membebankan bajet anda. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh menghias rumah anda untuk membawa suasana perayaan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. 

Berikut adalah beberapa idea dekorasi Krismas yang mudah, menarik, dan pastinya mesra bajet!


Gunakan pokok Krimas dari tahun lepas
Jika ada pokok Krismas tahun lepas, tak payah lah beli pokok Krismas setiap tahun, beli satu kali dan gunalah banyak tahun. 
Hias pokok Krismas ini bukanlah wajib jadi tak payahlah membebankan diri ya. Cukuplah beli sekali dan gunalah itu untuk beberapa tahun.

Dekorasi Bajet dari Kedai Murah

Time musim Krismas ini, banyak kedai-kedai buat promosi. Lawati kedai bajet seperti Eco Shop, Mr DIY, kalau di Sabah, ada One Stop, Super Save macam-macam lagi untuk mencari hiasan Krismas yang murah tetapi tetap cantik. Anda boleh temui bola Krismas, reben, atau patung kecil untuk pokok Krismas dengan harga yang berpatutan.
Di Sabah, awal bulan November dah keluar semua hiasan Krismas dan ini sangat-sangat mengujakan. Setakat saya survey, One Stop Superstore ada jual dekorasi Krismas dengan harga murah dari kedai-kedai lain.




Gunakan barang kitar semula
Ada banyak ideas untuk menghias rumah di musim Krismas ini. Jika anda adalah seorang yang cintakan alam, inilah masa untuk kamu bersinar! Serlahkanlah kreativitimu dan libatkan satu keluarga supaya ini menjadi satu kenangan yang tak terlupakan nanti. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak semas proses menghias ya.
Ini antara idea yang kamu boleh cuba:
  • DIY Pokok Krismas Mini: Gunakan buku lama untuk membentuk pokok kecil dengan melipat setiap halaman. Tambahkan sedikit glitter untuk kilauan.
  • Hiasan Kertas: Gunakan kertas berwarna atau surat khabar lama untuk membuat snowflakes, rantai kertas, atau hiasan bintang.
  • Bekas Kaca Sebagai Dekorasi: Isi balang kaca dengan hiasan seperti pinecones, bola Krismas, atau lampu LED kecil.


Lampu Krismas untuk Suasana Hangat

Jika kamu kurang berminat untuk hiasan pokok Krismas, kamu boleh hias dengan lampu-lampu untuk dapatkan suasana hangat.
  • Lampu fairy lights adalah pelaburan kecil yang besar impaknya. Gantungkan di tingkap, rak buku, atau lilitkan pada pokok kecil.
  • Gunakan lampu sedia ada di rumah dan tambahkan reben atau tinsel di sekitarnya untuk mencipta suasana perayaan.



Hiasan DIY dengan Sentuhan Peribadi

  • Gambar Polaroid: Gantung gambar keluarga pada tali menggunakan klip kayu kecil. Tambahkan sedikit daun hijau atau tinsel di sepanjang tali.
  • Kad Krismas: Gunakan kad Krismas lama sebagai hiasan dinding atau gantung di pokok Krismas.
  • Bola Krismas Handmade: Buat bola Krismas dengan menggunakan kertas warna, glitter, atau kain perca.



Fokus pada Warna dan Tema

  • Pilih satu atau dua warna tema seperti merah dan emas atau hijau dan perak. Kekalkan warna ini dalam semua dekorasi untuk memberikan kesan yang lebih teratur dan menarik.
  • Gunakan reben besar sebagai ganti hiasan mahal. Reben boleh dililitkan pada pokok Krismas, pintu, atau pasu bunga.





Kesimpulan

Hiasan Krismas tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk menjadi bermakna dan indah. Dengan sedikit kreativiti dan usaha, anda boleh mencipta suasana perayaan yang penuh kehangatan di rumah anda. 

Ingat, yang paling penting adalah semangat Krismas itu sendiri—kasih sayang, keriangan, dan masa bersama keluarga.

Adakah anda mempunyai idea dekorasi Krismas lain yang menjimatkan? Kongsikan di ruangan komen! Selamat menghias dan selamat menyambut Krismas! 🎄✨



Post a Comment

Theme by BD