It's already December 2024! Bulan terakhir di tahun 2024!
Bagi saya sendiri, tahun ini adalah tahun penuh kejutan dan seperti tahun-tahun lepas, kehidupan saya penuh naik dan turun juga. Apapun saya bersyukur sebab boleh melangkah ke bulan terakhir di tahun 2024!
Untuk bulan December 2024 ini, saya berazam untuk kongsikan cerita yang berkaitan dengan Krismas sementara counting days untuk merayakan Krismas. Keep visit my blog for the whole month ya! I promise more exciting stories will be up soon, stay tuned.
Untuk post yang pertama,saya akan kongsikan mengenai kisah krismas paling bermakna dalam hidup saya. Setiap orang mesti ada kenangan yang paling bermakna dalam hidup kan? Setakat ini, saya ada 3 Krismas yang paling bermakna dalam hidup saya.
Kisah #1 : Krismas semasa kecil dan remaja di kampung
Saya membesar di Kampung Data Kakus, satu perkampungan Orang Kenyah Badeng yang terletak di pedalaman di Daerah Tatau,Bintulu,Sarawak.Dari saya lahir sampai saya berumur 12 tahun, kehidupan saya disini hanya di kampung saja. Saya jarang ke bandar Bintulu, paling selalu pun pergi pekan yang terdekat iaitu Pekan Belaga. Saya jarang ke bandar sebab tiada keperluan bawa saya dan kurangkan belanja pergi bandar juga sebab saya bukan orang senang.
Kisah yang saya paling tidak lupa adalah ada satu kali tu bapa saya bawa kami ke bandar Bintulu,saya tak pasti tujuan sebenar tetapi ini adalah satu moment yang paling mengujakan dalam hidup saya. Kami ke bandar Bintulu bukan menaiki kereta masa tu tetapi naik lepan(machine yang pakai buat jalan tu) sebab sangat jarang orang ada kereta time tu.
Saya masih ingat sepanjang perjalanan itu, saya begitu teruja dan walaupun saya tak ingat apa sudah tempat yang kami lalui. Tetapi, yang saya ingat kami ada bermalam di satu tempat dan sambung perjalanan keesokan harinya. Saya rasa sangat teruja sebab tidak pernah keluar dari kampung kan?
Saya masih ingat lagi, selepas kami balik dari bintulu, bukan main bangga dan happy saya sebab dapat tengok bandar, boleh beli buku dan mcm2…
Dan yang paling mengujakan, kami pergi tu kalau tidak silap sebelum merayakan krismas, jadi kami ada beli belanja Krismas! Bukan main gembira saya time ini.
Semasa saya kecil, saya paling suka bulan December sebab dari awal bulan sudah banyak aktiviti di kampung seperti pentas rohani, acara buat kuih muih, biskut Krismas, harum semerbak seluruh kampung. Tak ada gambar tetapi saya masih ingat vividly each of that moment at our old house. Lagi-lagi time tu, my parent masih kuat dan muda, I wish I can turn back the time but siapa diriku melawan hukum alam.
Setelah meningkat remaja pula, pengalaman merayakan Krismas menjadi berbeza pula. Time ni sudah pandai berkawan dan kawanlah yang menjadi keutamaan time ni. Setiap cuti Krismas memang kebanyakan spent dengan kawan-kawan. Saya paling suka pergi kemajuan(mcm late night supper)…haha bersama kawan-kawan satu umur saya dan kadang-kadang sleep over dekat rumah kawan sebab mau bercerita sampai pagi. Biasalah remaja tidak pernah habis cerita hahahhaa
Tak dapat saya ungkapkan semua kenangan manis semasa Krismas dimasa kecilku dan remaja disini tetapi sentiasa dalam ingatan.
Kisah #2 : Pertama kali menyambut Krismas bersama suami di KL
Pada Oct 2019, saya berkahwin dengan suami,love of my life and the chosen man π₯° dan sebenarnya rancangan mahu balik Krismas di kampung tetapi disebabkan time tu saya baru mengandung anak kami Karl, kandungan saya dalam sebulan lebih jadi kami decided untuk postponed balik merayakan Krismas ke tahun depan, 2020 demi menjaga keselamatan kandungan, yelah balik kampung saya agak bumpy road.
My husband is my biggest gift from God for my 2019 Christmas! Pengalaman merayakan Krismas bersama suami tercinta adalah pengalaman yang berbeza dan best juga. Di tahun ini juga saya pertama kali merayakan krismas di KL sebelumnya saya memang balik, tak boleh miss!
Merayakan Krismas di KL adalah satu pengalaman yang menarik sebab pertama kali saya merasakan Krismas dibandar tetapi sebagai anak kampung sejati, saya memang lebih prefer balik kampung, jumpa keluarga dan merayakan perayaan Krismas bersama.
Cukuplah tahun 2019 adalah kali terakhir celebrate Ktismas di KL, tak mau repeat dah.
Read blog post HERE.
Kisah #3: Pertama kali menyambut Krismas bersama anak dan suami semasa pandemik covid-19
Selalu saya terfikir, jika saya tahu akan ada pandemik covid -19 di tahun 2020, saya mesti gigih balik Krismas 2019 walaupun usia kandungan time tu sebulan lebih tetapi saya hanyalah manusia biasa, saya bukan Tuhan jadi saya tak tahu.
Sejujurnya, sebelum melangkah ke tahun 2020, saya memang ingatkan tahun ini akan menjadi the best year ever in my life sebab saya akan menjadi ibu, ada anak pertama dan saya akan menjadi working mom yang hebat dan happy! Semua saya rasa akan berjalan dengan baik. Saya rasa tak terfikir langsung pun what will happen other than this?
Tetapi, again, saya hanya manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Tuhanlah yang menentukan segalanya. What happened is totally opposite than what I imagined di awal tahun...
Ingatkan kami boleh merayakan Krismas bersama keluarga di tahun 2020 bersama anak di kampung tetapi disebabkan pandemik covid-19, kami seperti orang lain juga yang berada di perantauan tak boleh balik. Ini sangat sangat memukul saya. Saya menjadi depression sebab stress saya dalam pekerjaan, dalam memikul my new roles as working mom during pandemic.Saya jadi depression sebab saya tak dapat manage saya punya stress dengan baik. Selalunya, kalau stress bolehlah pergi healing atau balik kampung sekejap untuk dapatkan kekuatan tetapi di tahun 2020, saya tak boleh kemana-mana dan saya seperti hilang arah sebab tak jumpa mak ayah yang selalu menjadi penguat dan selalu menjadi penyuntik semangat. Cabaran sbg working mom sms pandemik juga menyumbang saya jadi depression.
Jadi, penghujung tahun 2020 juga saya memutuskan untuk berehat dari dunia bekerja sekejap, keputusan ini sangatlah susah sebab time ni dunia dilanda pandemik dan nak dapatkan kerja baru bukan senang! Tetapi, saya percaya Tuhan akan menyertai saya dan keluarga. Syukur! God is always with us ππ»ππ».
Krismas di tahun 2020 adalah Krismas paling suram yang pernah saya rasakan dalam hidup saya. Kami ada kebaktian online di pagi Krismas dan selepas itu masing- masing di dalam rumah sebab tak boleh ke mana-mana juga dan yang paling tak best, I even need to go back to work the next day! I feel the lowest this time...
Read the blog post HERE.
Kesimpulan
Sepanjang 30 tahun lebih dalam hidup saya ini, saya boleh katakan kisah Krismas saya tak banyak variety. Cara saya merayakan Krismas sangat simple dan Krismas paling bermakna bagi saya adalah bersama keluarga, mencipta memori dan yang pastinya, melepaskan rindu serta makan- makan makanan masakan mak dan kakakku ☺️π©·.
Walaupun saya sudah jadi isteri dan mak, saya tetap seorang anak kepada ibu bapa saya.Jadi,disebabkan inilah saya paling teruja jika balik kampung saya untuk merayakan Krismas,saya rindu keluarga.
Jika kamu ada kisah krismas yang bermakna, kongsikan di ruang komen, saya mau baca juga ☺️π«Άπ»
Post a Comment