Hello friends,
Hari ini saya nak kongsikan mengenai pengalaman sakit gigiku sejak malam Ahad (13 October 2024) dan ada lagi sakit dia sikit-sikit sampai ke hari ni ( 21 October 2024), ya seminggu weyyyy. Saya dah jumpa dentist hari Selasa lepas dan dentist bagitau tak boleh cabut gigi yang sakit lagi dan kena makan antibiotic selama 5 hari dan sakit reda baru boleh cabut. Arghhh seksanya...sebelum ni, ada sakit gigi tetapi taklah seteruk kali ini.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya memang menitikberatkan kesihatan gigi dan saya spent banyak untuk kesihatan gigiku, nanti saya cerita dalam post berlainan ya. Last saya jumpa dentist adalah tahun lepas, October 2023 untuk check dan scaling gigi dan time tu dentist dah bagitau ada sudah gigi lubang dan minta saya cabut gigi atau tampal gigi tetapi saya postponed sebab time pergi tu saya pergi dengan anakku dan tak sangka pula berpindah ke Sabah tahun ni so lagilah tak ingat dah. Lupa dah pasal gigi berlubang ini.
Makin lama, tanpa disedari, gigi berlubang ini sampai ke akar dan 13 October 2024, gigiku memilih untuk menyakitiku selama seminggu ini. Sakit gigi kali ini tidak main-main ya kawan2. Menusuk kalbu dan membuat jiwa meronta-ronta! Bunyi macam dramatic kan tetapi itulah kenyataannya.
Pernah dengar tak lagu ni Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati? Jika belum pernah, boleh check di YouTube atau click ja video dibawah untuk dengar hahaa
Putus lagi cintakuputus lagi jalinan kasih-sayangku dengannyacuma karena rupiah lalu engkau berpaling mukatak mau menatap lagi
Saya tahu mengenai lagu ni daripada bapa dan adik saya. Semasa saya first time dengar lagu ni pun, saya ketawa terbahak-bahak sebab macam lucu. Dan, semasa my hubba sakit gigi dua tahun lepas kalau tak silap, saya siap pasang lagu ni semasa bawa dia pergi jumpa dentist!
Tetapi siapa sangka, selepas beberapa tahun saya mainkan lagu ni untuk my hubba, kena juga saya sakit gigi.
Pesanan saya, janganlah kedekut untuk pergi buat rawatan gigi. Kena pergi check gigi setiap 6 bulan( dua kali setahun), kalau kamu betul-betul takda duit, boleh pergi ke Klinik Pergigian Kerajaan yang berdekatan. Bayaran hanyalah RM5 ka RM1 kalau tak silap. Memang murahlah cuma pengalaman tu bergantung kepada klinik pergigian, ada yang dentist okay dan ada yang kurang okay, it's depends.
Kalau klinik gigi swasta pula, memang mahal oi. Hari tu, saya check dan ambil ubat antibiotic pun dah RM90. Saya tanya dentist, berapa harga cabut gigi, dia cakap dalam RM100+ huhu.
Gambar dibawah ini adalah ubat yang saya makan 5 hari minggu lepas. Masih ada sikit sakit gigi sampai ke hari ni, tunggu betul-betul reda, saya pergi cabut!!!!!
Dan jangan lupa follow Dentist dibawah di TT, saya suka cara dia sebab dia klaka Sarawak hehe
@ddeeeeeennnn Bawak pergi cek kalau sakit gigi
♬ original sound - Dr Deen
Sekian dari saya yang telah tersakiti oleh sakit gigi dan akan cabut gigi ini setelah hilang sakit sepenuhnya.
Me,
Aya
Post a Comment