Nasihat utk ibu bapa yang dilemma antara anak dan kerja

Hello rakan seperjuangan,

I called you guy rakan seperjuangan sebab saya dan suami pun berjuang membesarkan anak kami.☺️

Apa khabar hari ini? Saya harap semua sihat dan selamat berpuasa bagi kawan-kawan Muslim. 

Terima kasih banyak- banyak sebab klik dan baca blog saya. Terdetik hati saya nak tulis mengenai topik ini kerana akan ada masa(unpredictable),para ibubapa akan mengalami dilemma antara anak dan kerja, tak kira bekerja dengan company atau bekerja sendiri.

Based on my experience,  ini akan berlaku jika anak tidak sihat atau berkaitan dengan kesihatan. Sepanjang kami menjadi ibubapa nak 4 tahun dah, kami mengalami beberapa situasi yang membuat kami dilemma. 

Dalam blog post ini, saya kongsikan situasi-situasi dan apa kami buat(action). Semua ini berdasarkan pengalaman sendiri ya.

Situasi 1: Anak sakit di sekolah

Apabila anak sakit di sekolah, selalunya si ibulah yang first kena call oleh babysitter atau school. Saya pernah dapat call dari sekolah mengenai keadaan anak saya tak sihat dan teacher minta datang ambil dan bawa pergi klinik. 

Action:

Dalam keadaan ni kan, apa yang saya selalu buat adalah , saya tengok situasi saya dimasa dapat call,

• Jika saya bukan dalam keadaan meeting yang tengah in progress, saya akan terus minta izin dan memaklumkan kepada supervisor dan manager yang saya kena balik sbb anak tak sihat.

• Jika saya dalam meeting yg tengah in progress, saya call husband untuk memaklumkan perkara ini dan minta dia tolong bawakan anak ke klinik. Saya settlekan meeting dan selepas itu, baru minta izin dan memaklumkan kepada manager saya. Syukur juga supervisor dan manager saya memahami keadaan ni. Jika tak, tebalkan muka saja, tak payah takut, bukannya kamu tak buat kerja.Selepas dah settle pasal anak, bila back to office, buat kerja dgn baik & give your best 💪🏻


Situasi 2: Anak masuk hospital

Sepanjang almost 4 tahun kami ada anak ni, anak kami ada beberapa kali kena masuk hospital dan ini memang betul-betul mencabar, lagi- lagi anak kami kerap masuk hospital semasa zaman covid, tak bole jaga bergilir-gilir, kena decide satu org saja.

Action;

Sebelum anak kami kena admit, kami dua husband akan berbincang sekejap atau kasi signal- signal yg kami dua ja faham utk jaga anak di wad.

Kalau case macam ni, apa yang kami buat adalah, yang jaga akan ambil cuti(annual leave), nak buat mcmn kan? Memang ini memerlukan pengorbanan. Yang satu lagi tak masuk hospital akan membawa makanan anak dan keperluan penjaga sbb memang tak boleh masuk langsung. Pernah anak kami seminggu masuk hospital, seminggulah tak jumpa. Memang mencabar dan hanya vc saja peneman.


Situasi 3: Sekolah tutup disebabkan hal-hal kesihatan

Kami pernah mengalami situasi ini dimana sekolah anak ditutup untuk sanitize sbb ada case HFMD. Disini sangat penting tau untuk tidak hantar anak jika ada HFMD, janganlah jadi ibubapa yang mementingkan diri sendiri nanti effect ibubapa yang lain. 

Action:

Syukur semasa kejadian macamni berlaku, saya working in hybrid mode, maksudnya ada hari kerja di ofis dan ada hari kerja dari rumah.Jadi, bila kejadian ini berlaku semasa hari sepatutnya saja bekerja di ofis, saya akan ganti. Jangan lupa maklumkan kepada supervisor dan manager ya!


Situasi 4: Anak kena quarantine

Anak kami pernah kena quarantine disebabkan covid dan HFMD dan perlu quarantine dalam 5 hari.

Action:

Disebabkan suami memang bekerja dari ofis, jadi dialah yang kena buat surat(nama dia dalam surat utk arahan quarantine) dan saya pula, pergi bekerja mcm biasa dan apabila giliran bekerja dari rumah, saya akan membantu menjaga anak dimasa rehat juga so suami boleh rest sedikit.


Kesimpulan

Setakat ini, ini sahaja pengalaman saya dan suami dimana kami betul- betul dilemma antara kerja dan anak. Saya pasti ibubapa diluar sana ada banyak situasi kan? Boleh kongsikan di ruang comment ya.

Saya bersyukur kerana suami sentiasa beri kerjasama dan melakukan tanggungjawab dia dengan sepenuhnya bila ada situasi mcmni walaupun ada juga yang sayalah yang terpaksa mengalah sebab anak mau dgn si ibu saja.

Ada banyak situasi dimana anda kena pilih anak atau kerja. Dua - dua ni penting dan kenalah pandai adjust dlm keadaan situasi. Saya tahu, ada org cakap, always choose your child dan memang betul dan tak ada yg salah tetapi itulah Tuhan ciptakan dua manusia utk berkahwin dan menjadi satu daging(anak) dan dua- dua kena jaga dan saling bekerjasama untuk menjaga.

Nasihat khusus utk para ibu-ibu, 

• Janganlah rasa bersalah apabila minta suami juga menjaga anak sebab itu memang tanggungjawab dia juga, dia bukan tolong ye! 

• Dan , ni paling penting, you're not a bad mom bila you pergi kerja while you child is taking care by your husband! Tu bapa dia oiiii( ni reminder to me as well).


Saya berharap perkongsian ini bermanfaat!

Your working mom bestie, 

Aya


Comments

Popular Posts