Hujung minggu lepas, kami sekeluarga akhirnya berjaya juga pergi camping!
Selepas sekian lama kami tidak berkhemah, akhirnya kami dapat pergi lagi yay! Last kami pergi berkhemah adalah tahun lepas bulan 4 sebelum kami berpindah ke KK. Selepas berpindah di KK, tidak pernah pergi camping lagi. Kami berpindah balik ke KL, apa lagi kami teruskan hobi lama haha. Saya dan suami memang suka outdoor activity seperti camping ni.
First time nak bawa anak tu, kami was was nak bawa anak kami berkhemah sebab kami tidak tau dia macam mana kan? Kami cuba pertama kali pada Feb 2024, semasa dia umur 3 tahun lebih dan kami tengok dia okay, jadi kami bawa lagi dia bulan April 2024 dan kami confirm dah dia mmg suka camping!
Selepas itu, anak kami keep tanya bila nak pergi camping lagi. Syukur community gereja kami nak bawa berkhemah untuk celebrate Family day dengan berkhemah, apa lagi...
Bila dapat juga tunaikan, rasa lega & teruja walaupun sebenarnya penuh cabaran juga.
Kenapa mencabar?
Sebab sepanjang trip tu, anak kami tiba-tiba asyik moody dan grumpy. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab suasana baru, tempat tidur tak macam kat rumah, . Tapi yang bestnya, walaupun nampak dia merajuk sana sini, dia tetap enjoy. Seronok explore, kutip ranting, main pasir, lari-lari, dan senyum bila jumpa benda pelik pada dia.
Memang lah bercamping dengan anak kecil tak sentiasa smooth. Kadang tengah syok tengok pemandangan, dia pula merengek nak balik. Tapi bagi kami, semua tu adalah memori berharga yang kami akan kenang sampai bila-bila.
Untuk ibu bapa yang plan nak cuba camping dengan anak, sini saya nak kongsi sikit tips berdasarkan pengalaman kami:
✅ Bawa makanan & snek kegemaran anak.
Ini betul-betul lifesaver. Kadang mood dia naik balik bila dapat makan biskut kegemaran atau susu dia.
✅ Jangan tinggal comfort item dia.
Macam teddy bear, selimut busuk atau apa saja yang dia selalu peluk masa tidur. Kami terlepas pandang ni — sebab tu dia asyik cranky kot! Kami bawa yang lain hahaha
✅ Plan aktiviti simple.
Tak perlu bawa mainan pelik-pelik pun. Alam semula jadi dah cukup untuk entertain dia. Bagi dia kutip daun, tengok semut, atau main pasir.Kami bawa anak kami mandi manda tapi dengan pengawasan ketat sebab anak kami baru nak berjinak-jinak mandi manda.
✅ Pakaikan baju berlapis (layer).
Siang kadang panas, malam sejuk. Senang nak tambah atau kurangkan baju ikut keadaan.
✅ Jangan stress, stay flexible.
Tak semua benda akan ikut plan masa bercamping. Enjoy je moment tu walaupun mungkin tak perfect.
✅ Gunakan gear yang sesuai & selesa.
Invest sikit dalam khemah yang kukuh, tilam angin/self-inflate, dan kerusi camping yang mesra kanak-kanak. Percayalah, banyak memudahkan hidup masa di sana nanti!
Inilah gambar-gambar kami semasa bercamping hari tu. Seronok betul rasa!
Kalau kamu tengah cari-cari barang untuk trip camping nanti, ni saya senaraikan beberapa yang kami guna & rasa sangat berbaloi. Ini adalah link affiliate — maksudnya kalau kamu beli melalui link ni, saya dapat sikit komisen tanpa kos tambahan pada kamu.
Terima kasih banyak tau, sebab support blog kecil saya ni!
🛒 Khemah keluarga yang luas & senang pasang
🛒 Kerusi camping ringan & stabil untuk kanak-kanak
🛒 Meja portable
Walaupun anak kami asyik moody, pada akhirnya kami tetap happy sebab dapat spend masa tanpa gangguan, walaupun ada juga masa tu minta ipad aiyoooo. Dapat lihat dia explore alam dengan mata sendiri, dengar dia ketawa masa main tanah, itu semua priceless.
Kalau ada rezeki, kami memang nak repeat lagi. Harapnya next time mood dia lebih ceria lah ya! 😄
Kalau kamu rasa tips & cerita saya ni bermanfaat, boleh lah support saya dengan klik link produk yang saya kongsi kat atas. Ia link affiliate jadi kalau kamu beli melalui link tu, saya akan dapat sedikit komisen tanpa kos tambahan pada kamu. Dengan sokongan kecil macam ni, kamu dah banyak bantu saya terus menulis & berkongsi pengalaman real-life di blog ini. Terima kasih banyak-banyak! 🌸
Kalau kamu pun ada pengalaman camping dengan anak, atau ada tips menarik nak kongsi, boleh tinggalkan komen ya. Saya suka baca cerita orang lain & sama-sama belajar. Sampai sini dulu coretan saya kali ni.
Jumpa lagi di post seterusnya! 🥰
0 comments