Menjadi ibu adalah impian setiap wanita-wanita didunia ini dan moment yang paling yang ditunggu-tunggu. Tetapi, menjadi ibu bukanlah sesenang yang difikirkan.
Ada satu sisi kehidupan yang jarang dibicarakan secara jujur iaitu tentang ibu-ibu yang menyimpan jauh mimpi dan cita-cita mereka kerana memilih untuk mendahulukan anak-anak. Lagi-lagi jika anak-anak kena perhatian khusus.
Untuk para ibu yang pernah ada impian untuk belajar lebih jauh, tapi akhirnya memilih tinggal di rumah kerana si kecil memerlukan dirimu setiap hari.
Untuk para ibu yang pernah bercita-cita mahu jadi seseorang dalam kerjaya, tapi memilih untuk bekerja separuh masa, atau berhenti terus kerana ingin menbesarkan dan menjaga anak di depan mata.
Untuk para ibu yang dulu penuh semangat, banyak rancangan, tapi kini penuh tanggungjawab yang tak pernah putus, hingga tiada ruang untuk diri sendiri.
Kamu tidak gagal. Kamu luar biasa.
Mengorbankan impian bukan bererti mimpi itu mati.
Ini mungkin tertangguh, mungkin bentuknya berubah, tapi tidak hilang nilainya. Kerana apa yang kamu sedang bina hari ini, kasih sayang, karakter anak-anak, rumah yang penuh kasih sayang itu juga adalah satu bentuk pencapaian yang sangat bermakna.
Dunia mungkin tidak selalu memuji ibu-ibu seperti kamu. Tidak ada "gaji" besar untuk pelukan hangat, tidak ada anugerah rasmi untuk malam tanpa tidur. Tapi Tuhan melihat. Anak-anakmu akan tahu suatu hari nanti. Dan diri kamu sendiri, kelak, akan menyedari bahawa pengorbanan ini bukan sia-sia.
Kepada semua ibu, ini pesanan dari hati ke hati:
-
Mimpimu masih sah. (Your dream is still valid). Bila tiba masa yang sesuai, kejar ia perlahan-lahan. Jangan padam mimpi-mimpimu. Jadilah ibu yang berani mengejar impian.
-
Jangan pernah rasa rendah diri kerana “hanya” jadi ibu. Itu adalah gelaran paling mulia.Saya paling bangga apabila saya pergi ke tempat-tempat networking atau event kerjaya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ibu dan isteri.Saya tidak pernah rasa rendah diri hanya kerana saya bergelar seorang ibu.Disebabkan menjadi ibu juga saya dengan bangga membina Borneo Working Mom Blog ini.
-
Jika kamu penat, rehatlah. Kamu tidak perlu jadi sempurna setiap hari. Jangan terlalu memaksa diri setiap hari.
-
Cari ruang untuk jaga dirimu juga. Ibu yang bahagia akan membesarkan anak-anak yang bahagia. Saya tahu mencari ruang untuk diri sendiri setelah bergelar ibu memang sesuatu yang susah, nak menikmati indahnya membuang air besar pun susah apatah lagi mandi dengan tenang tetapi saya nasihatkan, nikmati saja this chaos sementara masih boleh.
Dan jika tiada siapa ucapkan ini hari ini:
Terima kasih, ibu. Kamu sedang melakukan yang terbaik. Kamu cukup. Kamu hebat. Don't give up!
0 comments