Beberapa bulan lepas, saya terpaksa mengharungi cabaran terbesar dalam kehidupan sebagai wanita bekerja iaitu saya tidak bekerja lagi disebabkan contract saya tidak diperpanjangkan dan saya telah berusaha mencari kerja baru selepas saya mengetahui ini tetapi nampaknya sampai post ini di publish, saya masih belum mendapat pekerjaan baru.
Jadi, saya boleh katakan saya sekarang adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ini adalah satu cabaran besar untuk kami sekeluarga tetapi tidak apalah.Dan walaupun saya kini sepenuh masa di rumah, saya tetap seorang wanita yang ada cita-cita, matlamat dan misi.
Saya bukan suri rumah yang duduk diam. Saya tetap berusaha — setiap hari.
Realiti Tanpa Gaji, Tapi Bukan Tanpa Nilai
Jujur, paling saya takut ialah tiada pendapatan tetap. Komitmen bulanan tetap datang macam biasa, tapi akaun bank tak bergerak macam dulu. Saya akui, kali ni saya betul-betul takda backup or saving, saya sangat-sangat risau sebenarnya. Syukur suami membantu part mana yang dia boleh bantu.
Tapi saya tak biarkan ketakutan tu kuasai saya. Saya ubah mindset:
"Kalau tak ada gaji, saya akan cari jalan cipta pendapatan."
Dan dari situ, saya mula jadi lebih kreatif, lebih berani dan lebih fokus.
Aktif Cari Kerja – Tiada Jawapan? Saya Terus Cuba!
Setiap hari saya semak peluang kerja, kemas kini resume, mohon tanpa henti. Kadang-kadang tiada respon, kadang-kadang cuma 'seen' dan saya rasa semua pintu untuk bekerja semula telah tertutup tetapi apabila ada calls dari HR dan recruiters, adalah semangat sikit. At least ada calls.
Setakat ni, saya dah dapat interview 2 kali tetapi bukan rezeki saya, saya tak dapat offer tapi takpalah, saya move on! Sedih dan kecewa ni memang pasti tetapi saya tak patah semangat.
Saya percaya, kerja tak datang bergolek — kita kena kejar, dan kalau satu pintu tak buka, saya akan cari pintu lain.
Saya tahu saya ada kelebihan. Saya pernah bekerja, saya tahu tanggungjawab, dan saya tak takut cabaran. Walaupun saya seorang ibu, saya masih seorang profesional yang sedia menyumbang.
Saya bukan 'penganggur', saya 'pejuang kerja'.
Saya Bina Sesuatu Dari Rumah
Sementara mendapat pekerjaan baru, saya juga cipta peluang untuk diri sendiri, saya cipta peluang dari rumah. Saya aktif menulis blog, saya buat affiliate di TikTok dan Shopee, saya belajar tentang digital marketing dan terus bina kehadiran online. Mungkin belum besar, tapi saya tahu setiap langkah kecil ni akan bawa saya ke sesuatu yang lebih besar.
Dan paling penting — saya tak berhenti berkembang. Saya tak pernah benarkan status "suri rumah" menjadi alasan untuk berhenti bercita-cita.NEVER!
Untuk Wanita Yang Sedang Berjuang Juga
Kalau awak sedang melalui fasa sama macam saya — percayalah, awak tak keseorangan. Kita bukan wanita lemah. Kita wanita yang tahu apa yang kita nak, dan berani bangkit walaupun dari dapur dan ruang tamu rumah sendiri.
Jangan tunggu keyakinan datang dari orang lain. Bangunkan keyakinan tu sendiri, dari dalam.
Kita mungkin belum sampai, tapi kita sedang melangkah.
Kita tak tunggu peluang — kita cipta peluang.
Dan yang paling penting, kita tak pernah berhenti mencuba.
0 comments