Realiti cari kerja di Sabah

Sebenarnya, saya agak teragak-agak nak share post ni.
Takut juga kalau ada yang tak puas hati atau mungkin ada yang akan judge saya.
Tapi saya ambil keputusan untuk share juga, manalah tahu ada orang lain yang pernah terfikir benda yang sama tentang hal ini.

Disclaimer : Semua yang saya share ni berdasarkan pandangan peribadi. Saya tak generalize semua industry di Sabah ya.Maybe ada industry yang tak mention pun requirement Mandarin language.

Hari tu, bila saya dapat tahu dari manager di HQ yang kontrak saya tak disambung pada bulan 10, saya pun terus mula cari kerja baru.
Masa tu, saya fokus cari kerja di KK, Sabah sahaja.
Since bidang saya dalam IT, of course saya cari kerja dalam field ni lah — dan dalam hati, berharap sangat ada rezeki lagi di sini.

Tapi, saya perasan sepanjang saya cari kerja tu, salah satu requirement yang sering muncul adalah... kena fluent in Mandarin.
Ini buat saya tertanya-tanya, "Memang di Sabah ni semua orang fluent ke dalam Mandarin?"
Saya pun tak tahu sebenarnya.

Bukan nak pertikai pun.
Saya faham, mungkin komuniti Cina di sini memang besar, ramai dalam bidang bisnes, atau mungkin banyak syarikat di Sabah yang berurusan dengan pelanggan dari China.
Jadi kalau boleh Mandarin, memang jadi satu kelebihan besar lah.

Apa-apa pun, saya faham — zaman sekarang, lagi banyak bahasa kita tahu, lagi banyak peluang terbuka. Disebabkan situasi ini juga, saya fikir untuk long term — untuk masa depan anak saya.
Sebab tu saya ambil keputusan hantar dia ke Chinese school, supaya dia boleh belajar Mandarin dari awal.
Supaya nanti bila dia besar, dia ada lebih banyak pilihan dalam dunia kerja.


Cuma dalam hati kecil ni, tetap berharap Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris terus dihargai sebagai bahasa kerja utama kita di Malaysia.

Tak mengeluh, tak marah.
Cuma wondering. Hehe. 😄


Kalau nak tambah skill Mandarin, macam mana?
Saya pun tengah fikir nak belajar sikit-sikit juga.
Tak perlu sampai fasih, tapi cukup untuk faham perbualan asas.

Antara cara yang saya fikir nak cuba:

  • Tengok drama Mandarin dengan subtitle — sambil santai pun boleh belajar!

  • Guna apps macam Duolingo, HelloChinese, atau Memrise — percuma je, dan senang nak follow setiap hari.

  • Join kelas online — sekarang banyak sangat kelas beginner kat Shopee Class atau Udemy, harga pun mampu milik.

  • Praktis dengan kawan — kalau ada kawan Cina, boleh minta tolong ajar basic conversation.

Belajar sesuatu yang baru memang ambil masa.
Tapi slow-slow, lama-lama pandai juga.
Yang penting, consistent dan jangan malu nak belajar!

0 comments