Menjadi suri rumah tangga adalah satu peranan yang sangat penting tetapi sering dipandang remeh. Tugas yang tidak pernah habis — dari mengurus anak-anak, menjaga rumah, menyediakan makanan, hingga menguruskan hal-hal kecil yang tidak kelihatan — boleh memberi tekanan emosi dan mental. Ramai suri rumah mengalami keletihan mental, rasa tidak dihargai, dan kadang-kadang kehilangan identiti diri.
Bulan lepas, saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sementara disebabkan keadaan. Saya masih belum dapat pekerjaan baru selepas contract saya dengan company lama tidak disambung pada bulan March lepas.Sebelum ni, saya pernah juga menjadi suri rumah tangga sementara tetapi sebelum ni, saya sentiasa ada backup dan saya tidak risau mengenai segala komitment yang saya ada tetapi kali ni sangat2 berbeza sebab ni bukan pilihan saya dan saya kena relocated back to Kajang dan memang bukan seperti yang saya rancang.
Kali ni saya tidak panggil ni career break dah sebab bukan break tetapi saya struggle untuk juggle jadi suri rumah sementara, saya risau mengenai komitment dan berusaha mencari pekerjaan baru juga.
Saya boleh katakan, kali ni betul2 mencabar saya secara mental dan fizikal dan belum lagi tambah kerisauan saya mengenai bapa saya di kampung, dia dalam keadaan yang lemah dan saya betul betul nak balik tetapi saya tidak boleh disebabkan kekangan kewangan. Kali ni betul-betul out of my control.
Setiap hari saya sentiasa struggle untuk meneruskan hidup tetapi saya ada anak kecil dan suami yang masih memerlukan saya serta saya ada Tuhan yang saya tahu sedang bekerja dibalik tabir dan saya tak boleh menyerah pada cabaran hidup ini walaupun setiap hari saya rasa anxiety dan depressed memikirkan segala komitment yang ada...
There's a lot happening...
Saya tak boleh bayangkan suri rumah yang telah lama dan saya bukanlah expert tetapi saya mencari tahu macam mana menjaga kesihatan mental sebagai suri rumah.
1. Ambil Masa Untuk Diri Sendiri
Luangkan sedikit masa setiap hari untuk melakukan sesuatu yang anda sukai, walaupun hanya 10-15 minit. Sama ada membaca, menulis jurnal, berjalan sekejap, atau sekadar minum kopi dengan tenang – ini penting untuk recharge tenaga mental anda.
Saya lalukan ini disetiap pagi sementara anak dan suami masih tidur dan belum bangun lagi. Saya akan buat devotional dan berdoa kepada Tuhan menyerahkan dan meluahkan segala ketakutan saya kepada Tuhan. Saya malu untuk bagitau siapa-siapa tentang keadaan saya.
2. Jangan Malu Meminta Bantuan
Anda tidak perlu lakukan semuanya sendiri. Minta bantuan suami atau anak-anak dalam kerja rumah. Anda bukan robot, dan meminta bantuan bukan tanda kelemahan – ia tanda anda menjaga keseimbangan diri.
3. Berhubung dengan Dunia Luar
Walaupun anda berada di rumah, cuba kekal berhubung dengan kawan-kawan atau komuniti lain. Sertai kumpulan WhatsApp ibu-ibu, hadir ke kelas atau ceramah secara online, atau mulakan blog/perniagaan kecil dari rumah – semua ini bantu rasa anda masih 'berfungsi' di luar rumah juga.
4. Jaga Kesihatan Fizikal
Senaman ringan, pemakanan seimbang, dan tidur mencukupi boleh memberi impak besar kepada kesihatan mental. Bila badan sihat, emosi pun lebih stabil.
5. Tetapkan Sempadan Masa
Kerja rumah memang tak pernah habis. Tetapkan had masa untuk kerja-kerja tertentu dan pastikan ada 'cut off time' supaya anda tidak burnout. Bila sudah malam, rehatlah. Rumah tak perlu sempurna 24/7.
6. Beri Penghargaan Kepada Diri Sendiri
Walaupun tiada gaji, kerja anda bernilai tinggi. Tuliskan pencapaian harian anda, sekecil apa pun. Contoh: "Hari ini anak-anak makan makanan sihat", atau "Berjaya lipat baju sambil dengar podcast". Hargai usaha anda sendiri.
7. Pertimbangkan Dapatkan Sokongan Profesional
Jika anda rasa sedih berpanjangan, cepat marah, atau hilang minat pada apa yang anda suka, jangan teragak-agak untuk bercakap dengan kaunselor atau pakar. Kesihatan mental adalah penting seperti kesihatan fizikal. Jika tak ada budget, boleh pergi ke klinik kerajaan atau hospital kerajaan.
Suri rumah bukan kerja mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal, emosi, dan mental yang luar biasa. Jaga diri anda dengan baik, kerana anda adalah tulang belakang keluarga. Bila anda gembira dan sihat, seluruh rumah akan terasa damainya.
0 comments