Borneo Food Recipe : Kelupis Frozen - Mudah, Cepat & Tetap Sedap!

Sebagai peminat tegar kelupis, saya selalu rindu mau makan kelupis.

Kalau dulu tinggal di Sabah, boleh balik hujung minggu dan boleh buat sama-sama dengan mak mertua tetapi sekarang pindah lagi ke Kajang, Selangor jadi tidak ada daun nyirik dan juga beras pulut dan semestinya takda air tangan mak mertuaku, jadi susah sikit nak buat.

Jadi, sebelum datang ke Kajang hari tu, mak mertuaku ada buat kelupis dengan mengunakan beras pulut yang diberi oleh my mum semasa kami balik Krismas hari tu dan dia frozen(sejuk beku).

Lagipun, zaman sekarang, tak semua orang ada masa nak rendam pulut, masak, dan bungkus satu-satu. Jadi bila ada versi frozen(sejuk beku) yang boleh disimpan lama dan cuma perlu kukus je.

Cara menyediakan kelupis frozen ni senang saja. Selepas membuat kelupis, simpan dalam freezer, dan bila craving datang... saya cuma kukus selama lebih kurang 15–20 minit je. Siap!




Soalan utama: Sedap ke tak?

Jawapannya, ya, sedap! Teksturnya masih lembut dan kenyal, rasa pulutnya tak hilang walaupun dah dibekukan. Saya suka pairing dengan kari ayam (of course!), dan kadang-kadang juga makan dengan rendang atau sambal ikan bilis.





Kelebihan kelupis frozen:

  • Tak perlu bersusah payah nak buat dari awal

  • Senang simpan – tahan lama dalam freezer (kalau boleh, balut dengan newspaper & plastik)

  • Boleh panaskan bila-bila masa, sesuai untuk sarapan, minum petang atau bawa bekal


Tips: 

✔️ Kukus dulu, jangan microwave—supaya tekstur kekal lembut
✔️ Simpan dalam bekas kedap udara/balut dengan newspaper lps tu masukkan dlm plastik dalam freezer untuk elak rasa daun jadi ‘berbau’ kuat

Secara keseluruhan, saya memang recommend kelupis frozen untuk peminat makanan tradisional yang nak cara cepat dan praktikal. Bila rindu rasa kampung, tinggal kukus dan siap!

Jangan lupa follow @borneoworkingmom.shop sebab saya plan untuk menjual kelupis frozen soon!


0 comments