Post-Hari Raya Blues: Macam Mana Nak Dapatkan Semula Semangat Bekerja?


Bagi kawan-kawan Muslim yang meraikan Cuti Hari Raya, esok maybe hari pertama masuk kerja selepas cuti raya kan? macam tu jer cuti Hari Raya baru je habis. Kuih raya pun masih ada sikit-sikit dalam balang, baju raya pun belum sempat lipat semua, beratnya hati dan jasad nak tinggalkan kampung kan? 

Lepas beberapa hari (atau satu minggu) seronok beraya, makan sedap, jumpa keluarga dan kawan-kawan—nak kena masuk semula ke mode kerja tu memang mencabar. Rasa lemau, rasa malas, otak pun macam slow sikit nak ‘on’.

Tapi hidup dan tanggungjawab tetap jalan. 

Jadi, macam mana nak dapatkan balik semangat bekerja selepas cuti panjang Hari Raya? Jom, saya kongsikan beberapa tips!


1. Jangan Terus Paksa Diri Jadi Produktif 100% 

Hari pertama balik kerja, bagi peluang dekat diri sendiri untuk warm up. jangan terlalu push diri nak jadi super produktif. Ambil masa untuk sesuaikan balik dengan rutin. Baca email perlahan-lahan, susun balik to-do list, dan ambil masa untuk catch up dengan apa yang tertinggal.


2. Bawa Semangat Raya ke Tempat Kerja 

Bawa mood raya tu masuk pejabat! Pakai baju kurung/kemeja raya yang selesa, bawa lebihan kuih raya untuk share dengan officemates—boleh jadi ice breaker dan naikkan semangat sikit.


3. Plan Something to Look Forward To 

Kalau lepas raya terus rasa kosong, cuba plan benda kecil-kecil yang boleh buat kita happy—macam movie night, makan luar, atau even short weekend getaway. Bila ada sesuatu yang dinanti, semangat tu akan slowly datang balik.


4. Ingatkan Diri Kenapa Kita Bekerja 

Cuti memang seronok, tapi kerja pun penting – untuk capai impian, bagi kehidupan yang stabil, dan mungkin untuk plan trip seterusnya. Semangat pasti datang bila kita tau tujuan kita.


5. Bercakap Dengan Kawan 

Cerita pasal pengalaman cuti raya dekat kawan sekerja pun boleh jadi terapi. Kita kongsi kegembiraan, dan perlahan-lahan semangat tu akan datang balik.


6. Set Goals Baru Lepas Raya 

Anggap lepas raya ni macam ‘reset button’. Kita dah recharge, dah jumpa family, dan mungkin dah dapat banyak nasihat dan motivasi masa raya. So sekarang, masa untuk kembali fokus dan set target baru.


7. Syukur & Refleksi 

Ambil masa untuk bersyukur sebab dapat rehat dan luangkan masa dengan orang tersayang. Kadang-kadang dengan rasa syukur tu, semangat nak kerja pun akan datang balik dengan lebih ikhlas.


Cuti raya memang best, tapi tanggungjawab pun penting. Kita kerja bukan sebab terpaksa semata-mata—tapi sebab kita ada tujuan dan impian yang nak dikejar.

Kalau korang pun tengah alami post-raya blues, you’re not alone! Jom sama-sama kuat dan teruskan langkah. 💪✨

Korang ada tips tak nak hilangkan lemau lepas raya? Boleh share dekat ruangan komen!

Coming Soon - Borneo Working Mom Shop
Women Health : Apa itu Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warnanya Normal Atau Tidak!

0 comments