Kenapa Saya Masih Menulis Blog pada Tahun 2025?


Ada orang kata zaman blog dah habis.

Sekarang orang lebih suka tengok video pendek dekat TikTok, scroll Instagram, Facebook atau baca info dari AI.Saya tak nafikan semua ni dan saya juga ada buat video pendek dekat semua platforms yang ada dan saya juga suka.

Tetapi, saya masih disini, masih menulis, masih berkongsi segala pengalaman, segala persoalan kehidupan dengan menulis. Semua yang saya tulis dalam blog saya memang keluar dari hati dan minda saya. Saya masih percaya dengan ruang kecil saya di internet ini.

Dan, mesti ada dikalangan pembaca ada tertanya-tanya atau curious kenapa saya masih menulis blog?


1. Kerana menulis adalah terapi saya

Hidup ni kadang-kadang memang penat—kerja, jadi ibu, jadi isteri, urus rumah, urus emosi. Bila saya menulis, saya rasa lega. Saya selalu treat my blog ni tempat saya buat brain dump yang berguna kepada orang lain, yang boleh baca kisah real kehidupan dan boleh belajar dari kisah kehidupan yang saya kongsikan. Jika ada hal yang sangat-sangat peribadi, saya akan tulis didalam buku/diary, saya tahu mana nak bezakan mana hal yang boleh dikongsikan dan mana yang terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Apabila saya sudah menulis, saya rasa macam hati ni ringan sikit. Blog ini tempat saya luahkan apa yang terbuku dalam hati saya especially mengenai struggles sebagai working mom dan juga kehidupan saya secara peribadi. Bukan untuk jadi famous, tapi untuk rasa tenang. Tetapi, kalau jadi famous pun saya ingin sebab hal yang berguna.


2. Kerana saya nak simpan kenangan

Saya satu alasan kenapa suka sangat blogging ni sebab saya nak simpan kenangan. Saya tak nak lupa momen-momen kecil dalam hidup. Kalau diplatform lain, boleh juga simpan kenangan tetapi saya ni jenis yang suka visit satu tempat yang ada semua sana. 

Contohnya, kenangan kami berpindah ke KK,Sabah dan kenangan terpaksa LDR bersama suami disebabkan kerja dan banyak lagi.

Blog ni tempat saya abadikan semua tu—dalam bentuk cerita, bukan sekadar gambar dan caption pendek.


3. Kerana mungkin ada orang yang perlukan kata-kata ini

Saya paling excited dan gembira apabila perkongsian saya dalam blog memberi inspirasi kepada pembaca-pembaca saya. Kadang-kadang saya terima mesej dari pembaca yang kata, “Saya pun rasa macam tu.” , "terima kasih untuk perkongsian ini" dsb.

Masa tu saya tahu, saya tak menulis sia-sia. Mungkin blog saya sekarang tak begitu ramai pembaca, tapi kalau ada seorang yang rasa terinspirasi atau terubat hatinya, itu dah cukup buat saya bahagia.

Saya percaya ada masanya nanti blog saya akan menjadi inspirasi kepada banyak orang especially wanita-wanita diluar disana.


4. Kerana saya percaya pada cerita yang jujur

Media sosial banyak tunjuk sisi sempurna. Kita boleh tengok gambar yang menampakan orang tu happy dan kadang-kadang itu bukannya realiti. Tapi dalam blog ni, saya nak kongsi realiti. Saya tidak pernah cuba menjadi orang lain dan kongsikan yang sempurna saja. Saya kongsikan realiti kehidupan seperti hilang pekerjaan, hati kecewa, hati gembira dan semua realiti kehidupan tetapi saya selalu memastikan, dari semua kisah low and up kehidupan, saya ingin menginspirasi semua untuk tetap kuat demi keluarga dan diri sendiri. Saya rasa cerita yang jujur ada nilainya tersendiri.


5. Kerana blog ini milik saya

Dalam dunia yang laju dan serba digital ni, blog ini adalah ruang perlahan saya. Tak perlu kejar likes, tak perlu risau pasal algorithm. Cuma saya, kata-kata saya, dan kisah hidup saya.



Jadi ya, saya masih menulis blog pada tahun 2025.
Bukan sebab trend.
Tapi sebab ia ada makna.
Dan kalau kamu sedang membaca ini, terima kasih—kerana jadi sebahagian daripada perjalanan saya.

Women Health : Apa itu Keputihan? Ini Cara Nak Tahu Warnanya Normal Atau Tidak!
Launching My New eBook: Job Searching Strategies for Experienced Professionals

0 comments