Social Media

Resepi : Nasi Lemak Air Tangan Sendiri



Hi!

Setelah jaga makan hampir seminggu, saya craving for Nasi Lemak Air Tangan sendiri. Saya paling suka makan nasi lemak sejak saya kenal nasi lemak. Saya first kenal nasi lemak time berada di sekolah menengah di Bintulu(tahun 2004), kawan sekelas saya Zul selalu jual nasi lemak dan saya paling sukalah nasi lemak masakkan Zul. Selepas itu, saya merantau ke Semenanjung dimana pilihan nasi lemak lagi banyak dan ada tempat yang sangat sedap.

Selepas berpindah ke KK, saya agak sukar mencari nasi lemak yang sesuai dengan tekak sendiri. Jadi, saya usahakan untuk masak sendiri dan hasilnya not bad! hehe

Jadi, untuk rujukan saya dimasa hadapan, saya kongsikan cara saya membuatnya dan saya berharap siapa-siapa yang craving nasi lemak boleh try ikut resepi ini.

Saya kongsikan juga senarai bahan-bahan yang perlu dibeli untuk menyediakan nasi lemak ini.

Bahan-bahan diperlukan:
1. Cili kering
2. Bawang merah - 2 biji
3. Bawang putih - 4 biji
4. Daun pandan - 1
5. Halia - 1 inci
6. Santan - 1 kotak(saya pilih Santan Kara)
7. Kacang tanah - 1 genggam
8. Ikan bilis - 1 genggam
9. Telur - 1 biji
10. Timun - separuh 


Cara-cara memasaknya

[Sambal]
Bahan-bahan:
1. Cili kering -Direbus dan dikisar
2. Bawang merah  - Cuci dan dikisar
3. Bawang putih - Cuci dan dikisar bersama bawang merah
4. Minyak masak

Cara-cara menyediakannya:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
2. Letakkan cili kering yang telah dikisar dan kacau bersama bawang yang telah ditumis tadi.
3. Masak sampai pecah minyak
4. Letakkan garam dan penyedap rasa secukupnya.

[Nasi]
Bahan-bahan:
1. Beras
2. Daun pandan
3. Santan Kara 1 kotak
4. Garam secukup rasa
5. Halia 1 inci

Cara-cara menyediakannya:
1. Cuci bersih beras dan letakkan air mcm mau masak nasi.
2. Letakkan santan dan gaulkan 
3. Letakkan daun pandan, halia dan garam 
4. Masak nasi macam biasa.

[Kacang, ikan bilis, timun & telur]
Bahan-bahan:
1. Kacang tanah
2. Ikan Bilis
3. 1 butir telur - direbus atau digoreng
4. Timun

Cara-cara menyediakannya:
1. Gorengkan ikan bilis sampai nampak garing dan angkat
2. Gorengkan kacang tanah sampak nampak garing dan angkat
3. Gorengkan/rebus telur
4. Hiriskan timun ikut cita rasa sendiri

Siap!
Senang saja kan masak nasi lemak air tangan sendiri!


Selamat mencuba!


Post a Comment

Theme by BD