Social Media

Life Story : Pengalaman Pertama Saya Kena Scammed


Aduhhhaiii malu betul rasa nak kongsi cerita ni...
Tetapi bersempena hari internet sedunia bulan ni, saya kuatkan semangat dan kongsikan pengalaman kena scammed! Benda ni terjadi pada tahun ni, ye 2025! after so many years I hidup dengan internet khususnya social media, akhirnya diriku kecundang di tangan scammer!


Bagaimana Saya Terkena Scam:

Saya kena scammed ni dekat Facebook, saya masih active main Facebook sebab ramai kawan-kawan dan keluarga di sana. Selalunya saya memang tak tengok pun ads yang banyak-banyak di FB ni, saya memang sudah trained my brain supaya tidak terpedaya dengan ads di FB ni.

Semuanya bermula bila saya ternampak iklan di Facebook mengenai promosi handbag Longchamp dengan diskaun sehingga 65%! Saya, tanpa berfikir panjang, terus klik link tersebut. Website nampak meyakinkan, dan saya pun berkongsi maklumat peribadi seperti nama, alamat, dan nombor telefon dan apabila sampai untuk pembayaran, tiba-tiba keluar, order berjaya dengan pembayaran COD! Masa ni, saya baru tersedar bahawa ini adalah scam! Saya check Facebook Page oh my! 1 like saja dan ada Facebook page yang betul yang ramai Likes and Followers! Disini, saya dah tahu saya dah kena scammed! arghhhhh..... saya terus tukar password Facebook dan report page tu kepada Facebook!


Barang Dah Sampai, Tapi…
Beberapa hari selepas kejadian, saya dapat call dari courier bagitau ada barang sampai dan dia dah bayarkan COD dulu, nnt ambil di tempat courier. Oh no! Bila saya tengok jumlah bayaran, saya tahu dah ni handbag Longchamp tipu hari tu.... Kalau courier tu tak bayar dulu, saya mau ignore saja barang tu so barang tu kena return tapi dia dah bayar alahaiii so kenalah saya bayar RM195, 
kesian pula dekat abang courier tu sebab dia dah bayar dulu untuk penghantaran. Jadi, saya pun bayar. Setelah buka bungkusan, barang tu memang tak seperti yang dijanjikan! Ia langsung tak menyerupai jenama yang dijanjikan dan kualitinya sangat mengecewakan.




Pengajaran yang Saya Dapat:
Pengalaman ini memang menyakitkan, tapi ia juga mengajar saya banyak perkara penting tentang pembelian online:

  1. Semak Kesahihan Promosi:

    • Kalau nampak tawaran yang terlalu murah, siasat dulu. Check page tu betul ke tak? Cari ulasan tentang penjual atau laman web tersebut.
  2. Jangan Mudah Kongsi Maklumat Peribadi:

    • Selalu pastikan anda hanya berkongsi maklumat dengan penjual yang sah dan dipercayai.
  3. Berhati-Hati dengan COD:

    • Walaupun nampak selamat, scammer kini menggunakan kaedah ini untuk membuatkan kita rasa lebih yakin.
  4. Jangan Takut Tolak Barang:

    • Jika anda rasa ditipu, anda berhak untuk reject penghantaran COD.

Tips Elak Diri Kena Scammed:

  1. Siasat Website atau Penjual:

    • Pastikan website ada tanda keselamatan seperti "https" di URL.
    • Cari ulasan atau testimoni dari pembeli lain.
  2. Bandingkan Harga dengan Pasaran:

    • Kalau harga terlalu murah dari biasa, itu petanda awal kemungkinan scam.
  3. Guna Platform Beli-Belah Sahaja:

    • Hanya beli dari platform yang mempunyai perlindungan pembeli seperti Lazada, Shopee, atau Zalora.
  4. Hati-Hati dengan Iklan Media Sosial:

    • Banyak iklan di Facebook atau Instagram adalah dari penjual yang tidak sah. Siasat terlebih dahulu sebelum klik.
  5. Elak Terburu-Buru:

    • Jangan buat keputusan pembelian dengan tergesa-gesa. Scammer selalunya gunakan teknik "tawaran masa terhad" untuk buat kita rasa terdesak.
  6. Beri Maklumat Minimum:

    • Jangan berikan maklumat sensitif seperti nombor IC, akaun bank, atau kad kredit tanpa pengesahan penuh.
  7. Gunakan Kaedah Pembayaran Selamat:

    • Elakkan COD dengan penjual tak dikenali. Guna kaedah pembayaran yang boleh ditarik balik seperti e-wallet atau kad kredit.

Penutup
Jangan biarkan keterujaan membuatkan anda hilang kewarasan. Scammer semakin bijak, jadi kita perlu lebih berhati-hati. Jika anda pernah mengalami perkara serupa, jangan malu untuk berkongsi pengalaman anda supaya orang lain tidak jadi mangsa.

Untuk saya, walaupun kehilangan RM195 ini terasa berat, saya anggap ia sebagai pelajaran hidup yang sangat mahal dan berharga. Saya harap cerita ini dapat membantu anda untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.


Pesanan Saya Kepada Semua:
Pernahkah anda terkena scam? Kalau pernah, kongsikan di ruangan komen supaya kita semua dapat belajar dan bantu menyedarkan orang lain. Bersama-sama, kita boleh memerangi scammer online ini!


Post a Comment

Theme by BD