Hi!
Ovari adalah organ pembiakan wanita. Wanita mempunyai dua ovari di bahagian bawah abdomen, di setiap sisi rahim. Ovari berperanan dalam menghasilkan ovum (telur) untuk pembiakan serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Hormon-hormon ini mempengaruhi pertumbuhan payudara, bentuk badan, dan pertumbuhan rambut pada tubuh wanita. Selain itu, ia juga membantu mengawal kitaran haid dan kehamilan.
Apa itu cyst
- Corpus luteal cyst
- Follicular cyst
- Ovarian cyst
- Dermoid cyst
- Sebaceous cyst
- Ganglion cyst
- Baker’s cyst
- Pancreatic cyst
- Renal cyst
- Thyroglossal cyst
Apa perbezaan cyst dengan fibroid
- Wanita haruslah peka dan tahu membezakan antara fibroid dan cyst. Hal ini kerana kedua-dua keadaan ini berbeza dan akan menunjukkan simptom yang agak berbeza atau kadang kala serupa. Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita. Ia dikenali dengan nama ‘leiomyoma’ atau ‘myoma’. Selain itu, fibroid juga sering terjadi kepada wanita dalam lingkungan umur 30an – 40an. Ini tidak bermaksud wanita dalam lingkungan umur lain tidak boleh mendapatnya.
- Fibroid mengandungi tisu sahaja di dalamnya dan bukan seperti cyst yang mengandungi cecair. Ini bermaksud fibroid lebih keras apabila ditekan berbanding dengan cyst yang berasa lembut apabila ditekan.
- Selain itu juga, cyst boleh terjadi kepada golongan lelaki mahu pun perempuan tetapi fibroid pula tertumpu kepada wanita sahaja kerana lokasinya pada dinding rahim. Cyst yang terjadi kepada golongan wanita atau lelaki serupa sahaja kecuali sistem reproduktif.
- Submukus
- Pedunkel
- Sebserous
- Intramural
Apakah gejala cyst
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kitaran haid tidak normal atau tidak sekata
- Pedarahan yang tidak normal
- Kerap membuang air kecil
- Pembuangan air besar bermasalah
- Abdomen membesar tetapi tidak hamil
- Berlaku keguguran berkali-kali
- Mandul
- Tiada selera makan
- Kurang berat badan
- Loya dan muntah
Sekiranya cyst tersebut bersifat luaran seperti pada kulit. maka ianya bersifat seperti berikut:
- Terdapat ketumbuhan atau benjol pada kulit
- Berasa panas pada kawasan tersebut
- Sekiranya benjolan ditekan akan meninggalkan cap
- Di bahagian tengah benjolan tersebut akan ada titik hitam
- Demam
Bagaimana Cyst Ovari Didiagnosis?
Berikut adalah beberapa teknik diagnostik yang digunakan oleh doktor dan pakar sakit puan untuk mengesan kehadiran cyst ovari:
- Pemeriksaan pelvis
- Ultrasound pelvis
- Laparoskopi
- Ujian darah CA 125
- Ujian tahap hormon
- Imbasan CT (CT scan)
- Imbasan MRI (MRI scan)
Apakah cara mengatasinya
- Selalunya berdasarkan pegalaman doktor mereka akan mengesyorkan cyst yang kecil diabaikan begitu sahaja kerana ianya tidak mengganggu kesihatan badan kita. Namun demikian, jika didapati cyst tersebut mendatangkan masalah maka ianya lebih baik untuk di keluarkan.
- Sekiranya cyst tersebut didapati sangat besar maka doktor akan melakukan langkah-langkah drastik untuk mengeluarkannya. Salah satu cara merawatnya ialah menggunakan jarum dan memasukkannya ke dalam cyst tersebut dan menyedut keluar kandungannya. Ini akan menjadikan cyst tersebut kosong di dalamnya dan perlahan-lahan akan kempis.
- Selain itu, kaedah lain ialah dengan mengeluarkan cyst tersebut secara keseluruhan menggunakan teknik surgikal(pembedahan). Hal ini selalunya dilakukan jika mendapati cyst tersebut terlalu besar atau merbahaya. Inilah yang telah berlaku dengan diriku.
References
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9133-ovarian-cysts
https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kesihatan-wanita/penyakit-ovari/apa-itu-ovarian-cyst
Post a Comment