Sebagai orang Kenyah Badeng, Krismas bukan sahaja tentang berkumpul bersama keluarga tetapi juga menikmati hidangan tradisional yang penuh makna dan membawa kenangan indah.
Berikut adalah beberapa makanan tradisi kami yang selalu menjadi sebahagian daripada sambutan Krismas:
1. Selukung
Selukung adalah beras pulut yang dibalut dengan daun khas iaitu daun palas yang didapati di dalam hutan. Selukung akan dimasak sehingga beras pulut menjadi nasi. Apa yang unik mengenai selukung adalah cara pembalutan. Saya masih tak mahir membalut selukung lagi walaupun sudah belajar beberapa kali. Saya plan untuk tahun ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan boleh masak selukung dengan jayanya.
Selukung sedap dimakan dengan pucuk ubi goreng dan lauk lain seperti kari ayam, ayam masak kicap dan sebagainya. Saya boleh katakan, selukung ini seperti nasi himpit lah tetapi lebih sedap rasa dia.
Selukung ini memang wajib ada setiap kali perayaan Orang Kenyah seperti Krismas, perkahwinan, kematian dan sebagainya.
Saya pernah mendokumenkan macam mana membuat selukung, boleh tengok SINI.
2. Pucuk ubi goreng
Seterusnya adalah pucuk ubi goreng. Setiap kali perayaan, makanan tradisi ini memang wajib ada, kalau tak ada macam ada satu kurang. Pucuk ubi goreng ini adalah masakan lauk yang mana-mana orang ulu pandai masak. Orang Iban, Orang Bidayuh dan mana-mana suku orang ulu pandai masak masakan ini.
Untuk pucuk ubi goreng cara Orang Kenyah, kami suka letak olem(terung pipit) dan ada satu daun yang sudah dikeringkan untuk membuatkan pucuk ubi goreng ini rasa lagi sedap.
Cara memasak pucuk ubi goreng ini tidaklah begitu rumit. Sangat senang cuma memerlukan tenaga untuk tumbuk pucuk ubi sampai seperti dalam gambar.
Pucuk ubi goreng ini kegemaran saya secara peribadi. Saya tidak pernah merasa bosan makan.
3. Adut
Adut atau kelupis. Setahu saya, orang sabah panggil kelupis dan orang Kenyah panggil adut. Sama seperti selukung, adut adalah beras pulut yang dibalut dengan daun khas iaitu daun palas yang didapati di dalam hutan. Adut akan dimasak sehingga beras pulut menjadi nasi.
Adut ini seperti nasi juga cuma nasi pulut dan dibungkus dan dikukus.
Mak mertua saya punya kelupis sangat sedap dan adut my mom is the best in the world!
4. Lia Akau(Sambal pusuk pedas)
Kami orang Kenyah memang suka betul makan lia akau atau sambal pedas. Saya selalu buat dirumah juga sebab memang kurang berselera makan kalau tiada lia akau ini.
5. Anye
Anye ini adalah boleh diketegorikan sebagai snek orang Kenyah. Kami biasanya makan ini petang-petang bersama lia akau dan air kopi panas. Tetapi boleh saja dimakan bila-bila masa tak ada masalah. Saya masih peminat tegar anye cuma saya kurang membuatnya sebab saya tak ada beras pulut yang original.
Membuat anye dengan beras pulut lagi sedap daripada mengunakan tepung pulut. Memang rasa betul perbezaannya.
Tahun ini saya berazam untuk belajar sungguh-sungguh macam mana buat ini anye.
6. Sup babi hutan
Sup babi hutan mesti ada di musim Krismas ini.Tak boleh tak ada. Syukur suamiku juga sangat-sangat suka menu ini jadi boleh makan selalu.
Saya suka sup babi hutan letak garam saja, tak perlu letak apa-apa ramuan.
Salah satu menu yang mesti ada di musim Krismas adalah babi bakar. Babi bakar ni kami panggil paap babui. Saya paling suka paap babui letak garam saja tanpa letak apa-apa ramuan.
seterusnya, mesti ramai yang ternanti-nanti satu menu ni kan? hahaaaaa
special on the list adalah kejet!!
Saya tak pasti macam mana mau describe ini makanan sebab bukan kegemaran saya tetapi ramai orang suka termasuk mak dan adik saya. Yang saya boleh katakan, makanan ini bukan untuk semua tetapi untuk orang yang awesome dan strong saja!
Saya pernah cuba dulu tetapi tak kena dengan tekak dan deria hidung saya hahahhaa
Kesimpulan
Itu sahaja 7 makanan tradisi Orang Kenyah Badeng yang wajib ada semasa Krismas! Kalau tak ada menu-menu ni, memang tidak lengkaplah rasa merayakan perayaan Krismas bersama keluarga. Seiring dengan arus pemodenan, makanan kami orang kenyah pun ada perubahan, kami sudah pandai makan kari, masak lemak dan macam-macam lagi.
Apapun, makanan tradisi ini jugalah pilihan utama dan wajib kita sebagai orang kenyah pertahanakan dan ajar anak-anak kita makan makanan tradisi kita.
Tahun ini, saya berazam untuk belajar semua menu ini dan memperkenalkan menu-menu ini kepada anakku.
Stay tuned ya.
Post a Comment