Hello friends,
How are you today? I hope you doing well wherever you are.
One of my checklist this month is to settle our passport terhad ke Negara Brunei sebab this year, it's our turn to balik celebrate Christmas dekat kampung saya di Sarawak. Maybe ada kawan-kawan yang belum tahu atau tidak pernah dengar pun apa ni. Takpa, mari sini saya kongsikan mengenai passport terhad ke Brunei ini.
Apa itu Passport terhad ke Brunei?
Passport ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak,Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke negara Brunei. Pemohonan boleh dibuat di Pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
A little story about...
Bulan Mei hari tu kami ada percubaan untuk pergi memohon passport terhad ini untuk balik Kebana tetapi tidak berjaya! Seperti yang saya kongsikan tadi, kami memohon passport terhad ini sebagai persediaan kami untuk balik Krismas ke kampung saya tahun ini. Tahun ini adalah giliran untuk merayakan Krismas bersama keluarga saya di Sarawak. Beginilah rutin kami, setiap tahun bergilir-gilir.Setakat ini, kami tidak ada masalah macam ni dan saya berharap kami sentiasa berkomitment untuk menghormati hak masing-masing. Dua-dua pun rindu keluarga kan?
Sejak kami berpindah ke Sabah bulan pada April tahun ini, jadi kami ada dua option untuk balik kampung saya di Sarawak. Option pertama semestinya naik belon(flight) tapi macam bosan sudah naik belon kan? Option kedua adalah kami akan memandu kereta kami sendiri dari Sabah ke Sarawak. Saya sangat teruja untuk option kedua ini sebab tak pernah lagi kami travel dari Sabah ke Sarawak mengunakan jalan darat. Ini adalah salah satu my dream in my life dan kami mau menikmati perjalanan atau road trip ke Sarawak bersama anak kami, Karl.
Jadi sebagai persiapan awal, kami pergi buat passport terhad ke negara Brunei ataupun dikenali dengan nama passport biru sebelum bulan 12. Tak mau serabut memikirkan nanti.
Jadi saya mau kongsikan details untuk apply Passport Biru ini untuk rujukan kita semua.
Persediaan sebelum pergi ke Pejabat Immigration. Pastikan bawa dokumen seperti dibawah:
1. Bawa IC Original setiap pemohon
2. Sediakan salinan IC setiap pemohon
Note: Jika kamu memohon untuk anak kecil bawah 18 tahun, salinan IC bapa kena ada 2 salinan ya untuk jadi penjamin.
3. Jika ada anak bawah 18 tahun, bawa surat beranak Original dan buat salinan(copy)
Note: Untuk gambar passport, tak payah ambil sebab memang kena ambil gambar di sana juga.
Cara - cara untuk memohon:
Step 1 : Bawa semua dokumen di atas ke Pejabat Immigration.
Note: Pastikan tau berapa ketinggian setiap pemohon.
Step 2 : Terus ke kaunter untuk ambil nombor giliran
Step 3 : Kena panggil ke kaunter dan serahkan semua dokumen kepada pegawai yang bertugas dan apabila disahkan, pegawai immigration akan ambil gambar kamu dan seterusnya pegawai akan minta tunggu giliran untuk membuat pembayaran.
Step 4: Selepas pembayaran, pastikan dapatkan resit dan note yang kena ambil bila ya.
Step 5: Ambil passport terhad anda. Done!
Tips:
- Jika kamu adalah Sarawakian yang tinggal di Sabah dan tidak pernah buat apa-apa passport sebelum ini, akan kena tunggu 5 hari bekerja
- Jika kamu Sarawakian yang tinggal di Sabah dan pernah buat passport international(passport merah), kamu boleh ambil passport terhad dihari yang sama kamu memohon.
- Saya galakkan pergi ke Pejabat Immigration di Jalan UMS bukan di UTC and di KKIA(di Pejabat Immigration di KKIA tiada menyediakan perkhidmatan untuk buat passport biru ya).
- Pastikan bawa debit card untuk pembayaran, cash tidak diterima.
Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang sempat saya snap semasa di Pejabat Immigresen hari tu.
Selesai!
Itulah pengalaman pergi memohon passport biru di Pejabat Immigresen Sabah. Jangan lupa kongsikan post ini bersama keluarga dan sahabat handai yang memerlukan. Dan jangan lupa tips yang saya kongsikan.
Jika ada apa-apa soalan atau comments, boleh tulis ja comment dibawah, nnt saya reply.
Love,
Aya
Post a Comment