Social Media

Cara-cara memohon Endowment Fund Sarawak (EFS)- RM1,000 utk masa depan anak


Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000.00, dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi. 

Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Dibawah saya sertakan infographik mengenai EPS untuk rujukan;



Syarat kelayakan

1. Warganegara Malaysia

2. Lahir di Sarawak atau Luar Sarawak

3. Kedua dua atau salah seorang ibu bapa pemegang myKad Sarawak berstatus "K"

4. Pemohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau sehingga tempoh satu(1) tahun selepas kelahiran

5. Bagi kategori anak angkat;

a) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Sarawak berstatus 'K' 

b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah



Dokumen-dokumen Sokongan 

 Semua permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

1) Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa berstatus 'K' yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus 'K' yang telah disahkan oleh pegawai JPN;

2) Salinan Sijil Lahir Bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN; dan

3) Borang EFS yang diisi lengkap
 

*Pegawai di Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak akan mengesahkan semua dokumen bagi permohonan dari luar Sarawak.

 

Kaedah Permohonan 

Untuk makluman, permohonan secara dalam talian (online) masih dalam proses dibangunkan. Oleh itu, hanya terdapat kaedah permohonan secara manual.

i) Bagi pemohon berada di negeri Sarawak, pemohonan boleh dibuat secara manual di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak.

ii) Bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen seperti di atas ke alamat berikut:

Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching,Sarawak
Tel: 082-242221/082-242223
(Permohonan Endowment Fund Sarawak)

 

Bagi semakan penerimaan dokumen permohonan anda, sila hubungi JPN Negeri Sarawak di talian 082-242221/082-242223

Bagi semakan status permohonan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di talian +6014-6881398 (mesej sahaja)

Bagi pertanyaan selain semakan status, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di e-mel: efs@sarawak.gov.my
 

KLIK SINI untuk muat turun borang permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS).
 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari iSarawakCare


Source: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/untuk-bayi


Post a Comment

Theme by BD