Title: Kenapa Kerja Tidak Habis Habis?
Author: Dr Amir Syahir & Fakhrur Radzi
Genre: Self help
How do I feel about this book?
⭐⭐⭐⭐⭐
Summary:
"Aku dah penat berusaha, tapi kenapa ini saja yang aku capai..?
"Hidup aku saja ke yang stuck? Orang lain semua macam dah berjaya."
Mungkin kita pernah rasa yang hidup semua orang lain sepertinya lebih bahagia daripada kita. Dibandingkan dengan kawan-kawan seusia, ramai antara mereka sudah berjaya pada usia muda. Tak macam kita yang masih belum jumpa rentak untuk hidup pun lagi.
Kita mula rasa yang kita tiada pilihan selain daripada struggle and hustle untuk menjadi yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Namun, senarai apa yang nak dikejar itu sepertinya tidak pernah berkurang, bahkan semakin bertambah!
Apakah ada apa-apa yang boleh dilakukan agar kita dapat mengecapi kebahagian seperti yang dinikmati orang lain? Bagaimana pula caranya untuk kita berhadapan dengan rasa sesak dan lelah ini?
Melalui buku Kenapa Kerja Tidak Habis Habis? ini, para penulis menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan masa kini yang sememangnya membebankan akibat lambakan tugasan dan rutin harian, seterusnya menggariskan kepentingan mempelajari kemahiran untuk kita memperbaiki kualiti hidup agar setiap hari yang dilalui akan menjadi lebih bermakna.
My thoughts:
Every working people should spend their time to read this book. Why?
Best part:
6 Keperluan manusia
Mengurus masa bermakna mengurus tenaga
Fokus dan deep work untuk menyelesaikan tugas
Favorite quotes:
Pencapaian # Identiti Diri
Comparison is the thief of joy
Otak kita ialah aset yang paling berharga
Semua benda penting, tapi bukan utama
Anak-anak terpaksa bersaing dengan ketagihan ibu bapa terhadap telepon pintar dan media social
Anak-anak tidak patut bersaing untuk mendapatkan perhatian kita. Itu hak mereka yang perlu kita penuhi.
Masa yang kita ada dengan anak-anak sebenarnya sangat terhad.
Bagaimana mahu menjadi sahabat terbaik buat anak-anak jika kita tidak mampu melaburkan masa keemasan anak-anak semasa mereka masih kecil?
Fasa anak-anak berada pada usia keanak-anakan hanyalah sekali dalam hidup.
Post a Comment