Social Media

Cara-cara memasak Sambal Kenyah/Lia akaw


Hello!
Siapa sini pernah makan atau suka makan Sambal Kenyah/Lia akaw?
Saya ni kan saya tak boleh o takda cili kalau makan. Lia akaw ni ibarat seperti kimchi kalau orang Korea. Kami orang Kenyah, memang tak boleh tak ada lia akaw. Boleh lah makan tetapi macam ada rasa kurang. 
Sejak saya sekolah menengah, saya memang pemakan tegar lia akaw 😄. Semasa sekolah menengah di Belaga dan di Bintulu, lia akaw inilah salah satu balun yang perlu saya bawa ke asrama. Dulu, mak/aunty/kakak yang selalu tolong masakkan tetapi sudah dewasa dan tinggal jauh dari keluarga, saya belajar untuk memasak lia akaw ini. Saya telah cuba macam-macam cara sebelum ini, ada yang jadi dan ada yang tak jadi.
Resepi yang saya kongsikan ini adalah resepi anti gagal, memang jadi punya.

Bahan-bahan diperlukan:
1. Bawang merah kecil
2. Bawang merah besar
3. Cili
4. Ikan bilis/pusuk

Cara-cara memasaknya:
1. Blend bawang merah + bawang besar - asingkan.
2. Blend cili - asingkan
3. Panaskan minyak masak * Tips: Letak lebih sikit so tahan lama.
4. Gorengkan ikan bilis - asingkan.
5. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah yang telah dikisar tadi.
6. Masukkan cili yang sudah dikisar 
7. Gaulkan sampai pecah minyak
8. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng awal-awal tadi.
9. Gaulkan sampai sebati.
10. Siap!

Tips
- Gorengkan ikan bilis sebelum dimasukkan dalam sambal
- Masakkan cili sampai pecah minyak supaya tak menyebabkan sakit perut

Saya paling suka makan lia akaw ini bersama apa-apa makanan seperti nasi, bubur, bread dan sayur-sayuran seperti timun. Memang sedap and can I say its my comfort food? hahha

Comment jika kamu pernah makan lia akaw atau kamu mahu cuba resepi ini.

Thank You - Aya


Post a Comment

Theme by BD