Cara memohon Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah(SKSSR) dibawah SOCSO/PERKESO

Anda suri rumah yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak?

Pernah dengar tak mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)?
Mari sini saya kongsikan mengenai SKSSR ini.

SKSSR ini adalah skim baru dibawah PERKESO yang dibuat khas untuk WANITA.
Skim ini berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. 

Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Definisi Suri Rumah

Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal. Maksudnya, skim ini sesuai untuk wanita yang melakukan pekerjaan rumah tangga seperti membeli barang keperluan keluarga, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Jika wanita mengalami kecederaan/kecelakaan semasa melakukan semua pekerjaan rumah tangga ni, mereka layak untuk dapat benefits dari SKSSR ni.

Benefits





Syarat Kelayakan:


Caruman

Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.


Daftar Sekarang



Saya berharap perkongsian ini bermanfaat kepada semua wanita diluar sana sama ada working mom or stay at home mom. 

Your working mom bestie,
Aya














Comments

Popular Posts