Cara-cara menghadapi anak yang kena sawan



Ada anak kecil memang mencabar!
Kita menghadapi banyak benda pertama kali dan masih kekurangan ilmu praktikal dan masih banyak yang perlu dipelajari.Saya tekankan ilmu praktikal sebab kita boleh membaca secara teori tetapi untuk menghadapi secara live, memang memerlukan ilmu yang praktikal.
 
Anak kami terkena sawan untuk pertama kali apabila dia berusia 1 tahun tetapi masa itu, doktor tak mengesahkan dia sawan tetapi sakit demam denggi.Pelik kan? Selepas dari kejadian ini, anak kami terkena sawan beberapa kali juga dan dari pengalaman ini, saya dan suami belajar cara-cara mengahadapi anak yang kena sawan, saya banyak catat dan mengingati saranan dan nasihat doktor serta saya banyak membaca mengenai sawan untuk persediaan menghadapinya.

Saya percaya semua ibu bapa tidak mau anak kena sawan tetapi siapalah kita untuk menidakkan benda ni.Sebagai ibu bapa kita dah cuba sehabis baik untuk mencegah anak kita terkena sawan tetapi benda nak jadi.
Disini saya akan kongsikan 7 cara mudah menguruskan anak yang kena sawan dari pengalaman, pembacaan dan saranan doktor.

1. JANGAN PANIK
Yang ni paling penting, jangan panik!
Saya tahu macam mana rasa apabila anak kena sawan, walaupun saya dan husband ada pengalaman anak kena sawan beberapa kali, perasaan panik ini masih ada. Tetapi saya selalu cuba mengingatkan diri saya supaya jangan panik. Sebab kalau kita sebagai ibu bapa panik, semua jadi tak kena. 
Sejujurnya, saya masih rasa panik lagi tapi saya cuba kuat dan cakap pada my mind, jangan panik kalau tetiba anak kena sawan, nanti semua jadi berantakan dan membahayakan nyawa anak anda.


2.  PASTIKAN TENGOK JAM
Apabila anak terkena sawan, cepat -cepat atau terus tengok jam. Saya dan husband bersepakat untuk membahagi tugas apabila anak kami kena sawan. Saya akan tengok keadaan anak sambil ambil video dan my husband pula akan terus tengok jam.Berdasarkan pengalaman kami, ada 4 soalan akan ditanya oleh doktor seperti dibawah;
> Pukul berapa start sawan
> Pukul berapa habis sawan
> Berapa durasi kejadian sawan/berapa lama sawan
> Macam mana keadaan anak semasa sawan ( kejang, bergegar, ada cecair keluar, mata ke atas atau etc)
Take note ni dan ingat!


3. PASTIKAN ANAK DI TEMPAT YANG SELAMAT
Berdasarkan pengalaman kami, anak kami kena sawan di atas tilam tempat kami tidur. Jadi, ini adalah tempat yang dikira selamat. Jika berlaku di tempat yang tak selamat, pastikan anda bawa anak ke tempat yang selamat ( please use your common sense ya!)


4. BARINGKAN ANAK SECARA MENGIRING KE KIRI
Apabila sawan berlaku, selain langkah 2, pastikan anda baringkan anak secara mengiring ke KIRI, yang ini adalah yang paling tepat. Doktor yang menangani anak kami sebelum ni yang inform kami mengenai ini. Tetapi, apabila sawan berlaku, maybe kita lupa sudah ke kanan atau kiri, itu it's okay. Yang penting, baringkan anak secara mengiring semasa berlaku sawan. Kenapa perlu membaringkan anak secara mengiring?
Kerana air liur atau makanan boleh masuk ke dalam saluran trakea iaitu saluran paru-paru.
Air liur atau makanan ini boleh masuk ke paru-paru melalui bronchus dan bronchus paru-paru sebelah kanan lebih lurus berbanding dengan bronchus sebelah kiri. Oleh itu, mengiring ke arah kiri lebih baik ketika berlakunya sawan.


5. JANGAN LETAK BARANG DI DALAM MULUT 
Saya pernah dengar ada yang letak sudu di mulut apabila berlaku sawan. Saya tak pernah lagi tengok ni, tetapi doktor bagitau, jangan letak apa2 barang di dalam mulut anak jika berlaku sawan.


6. BERSIHKAN AIR LELEHAN AIR LIUR 
Pastikan bersihkan air lelehan air liur anak anda untuk mengelakkan laluan udara tersumbat.


7. BAWA KE KECEMASAN
Selepas sawan sudah berhenti, bawa anak anda terus ke kecemasan.
Wajib bawa terus ke hospital jika,
- Muka anak anda menjadi biru
- Sawan lebih dari 3 minit
- Anak anda tidak sedarkan diri


Saya berharap perkongsian saya mengenai ini dapat membantu ibu bapa diluar sana. Sememangnya ada anak yang ada sejarah sawan ni memang menakutkan dan merisaukan tetapi kita sebagai ibubapa mesti ingat kita boleh hadapi dan jangan panik!
Semuanya akan okay! Ingat 7 langkah ini sebaiknya.

Your working mom bestie,
Aya

Comments

Popular Posts